“Belum Sedia, Tapi Allah Lebih Tahu Yang Terbaik,” – Fasha Sandha Sudah Masuk Wad Bersalin, Hitung Detik Lahirkan Anak Ketiga

Share

Pelakon yang juga suami kepada aktres Fasha Sandha, Aidil Aziz awal semalam ada memuat naik foto isterinya itu yang kini sudah pun memasuki wad bersalin.

Meminta ramai mendoakan agar semuanya dipermudahkan, Aidil turut memohon maaf andai selama ini ada salah dan silap.

“Assalamualaikum followers. Doakan agar urusan kami dipermudahkan ye.

“Maaf sekiranya ada salah & silap.

“Terima kasih kepada semua yg sentiasa memberi support & sentiasa mendoakan yg terbaik,” tulisnya sambil dihujani dengan pelbagai komen wargamaya serta rakan selebriti.

Sementara itu menerusi Instagram Fasha, bintang ini turut menyifatkan aturanNya itu adalah yang terbaik.

”Assalamualaikum, Doakan ibu dan Baby A. Not ready yet but Allah knows Best,” tulisnya ringkas.

Pasangan itu sebelum ini pernah mendedahkan mereka bakal dikurniakan cahaya mata perempuan.

Sebagai rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.

Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Foto: Instagram Aidil Aziz, Fasha Sandha

Published by
MH