Drama bersiri terbaharu, Ayahanda telah pun bersiaran episod pertama menerusi slot Lestary di TV3.

Drama 13 episod terbitan Zeel Production Sdn. Bhd ini  menyaksikan gandingan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Fauziah Ahmad Daud, Shahz Jasle, Rita Nadira, Nor Khiriah, Sherry Ibrahim dan Mimi Asmidar.

Diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar, Ayahanda merupakan sebuah drama adaptasi novel berdasarkan kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Haji Abdullah, penerima SEA Write Award 1988, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar “Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar “Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar

Karya yang mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang ini memaparkan kehidupan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang, Noriah (Fauziah Ahmad Daud).

Konflik bermula apabila anak-anak meminta Haji Abdullah meletakkan semua jawatannya kerana faktor usia dan kesihatan namun tidak dipersetujui olehnya.

Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga merasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.

“Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar “Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar “Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar

Ads

Sementara itu, sedutan trailer drama berkenaan yang turut dikongsi Fikry Ibrahim di Instagram beberapa hari lalu nyata menarik perhatian ramai.

“Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Rata-ratanya tidak untuk mengikuti drama rantaian berkenaan selain menyifatkan ia cukup dekat di hati penonton.

Antaranya;

Ads

“Tak sabar nak tengok.”

“Bestnya nak tengok, handsome Fik pakai baju Melayu.”

“Mantap. Lama dah tunggu.”

“Belum tengok cerita lagi dah mengalir air mata ni.”

Ayahanda bersiran bermula 10 Julai lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Ads

“Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar “Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar “Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Belum Tengok Cerita Dah Mengalir Air Mata,” – Fikry Ibrahim Kongsi Sedutan Drama Ayahanda, Adaptasi Novel Kisah Benar

Foto: Instagram Fikry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI