Dikatakan bakal berdepan tindakan saman daripada peguam Abang Bas yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedahkan dirinya masih belum menerima sebarang surat tuntutan.
Menurut Uyaina, dia menyifatkan situasi ini sebagai lumrah dan asam garam dalam kehidupan seorang figuran awam.
“Saya tak pasti sama ada surat tuntutan itu sudah ada atau tidak. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tiada pun tetap alhamdulillah juga.
“Saya melihat perkara tersebut sebagai satu lagi ‘rempah’ dalam perjalanan seni saya. Jangan pernah takut untuk bercakap perkara yang benar.
“Apa sahaja kita perkatakan, hendaklah disertakan dengan fakta, supaya kita tidak salah,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, pengacara program Wanita Hari Ini itu juga akui sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja situasi sekiranya namanya dibawa ke muka pengadilan.
“Ya, saya sudah bersedia. Mungkin hal ini akan memberikan kesan kepada nama baik saya sendiri. Sesiapa sahaja yang kurang senang atau ingin menghantar apa-apa tuntutan, silakan.
“Biar mahkamah yang membuat keputusan,” ujarnya.
Ads
Katanya lagi, hal seperti ini tidak sesekali akan mematahkan semangatnya untuk terus bersuara dan memberikan kesedaran kepada masyarakat.
“Saya akan terus mengulas perkara-perkara yang membelenggu masyarakat. Ada yang bertanya, mengapa bila timbul isu tersebut, baru nak bersuara?
Ads
“Sedangkan pekara itu tidak benar. Mungkin orang-orang itu yang baru mengkuti saya di media sosial.
“Sejak dahulu lagi, saya memang lantang bersuara. Mungkin disebabkan kes tersebut, ia lebih mendapat perhatian,” akhirinya.
Sebelum ini, Uyaina lantang mengulas tindakan seorang pemandu bas yang didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan selepas merakam video pelajar tersebut.
Rentetan itu, keluarga pemandu bas tersebut meluahkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang sudah mencemarkan nama baiknya meskipun dia sudah dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000, pada 18 September lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Amylea Azizan berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapanya, Azizan Zainal Abidin telah menghembuskan nafas terakhir, petang Rabu.
Menurut Amylea, pemergian bapanya itu sememangnya agak sukar untuk diterimanya, lebih-lebih lagi selepas pelbagai dugaan yang harus mereka lalui bersama sebelum ini.
“Assalamualaikum, ayah saya yang saya cintai dan kasihi telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Mohon sedekahkan doa buat Azizan bin Zainal Abidin.
“Dia adalah seorang suami dan ayah yang sangat baik dan bertanggungjwab. Sama-sama kita doakan rohNya dikalangan orang-orang beriman.
“I have lost him forever. No greater pain than losing a father or a mother.Allah SWT saja yang tau dugaan demi dugaan. My father is gift Allah lend to me and i cannot be more grateful for having such a great father,” tulisnya.
Perkhabaran sedih itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Kendati ini menerusi Instagram.
Dalam pada itu, Amylea memaklumkan dirinya juga terkilan kerana merasakan menyifatkan dia masih belum cukup untuk membalas segala jasa arwah bapa selama ini.
“Thank you Allah for all the years given to me, thank you for making me his daughter, i am so proud of him. I love him so so muchh.
“Terlalu banyak budi belum saya balas. I am hoping to be reunited in the life after. Doakan lah dia ya. Saya merayu sedekahkan doa buat dia. He is such a kind person.
“Azizan B Zainal Abidin 20 March 1959 – 11 August 2021. Ampunkan salah silap, halalkan makan minumnya. Sekiranya ada hutang-hutang yang saya tak tahu, tolomg khabarkan pada saya” luahnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa dukacita selain turut mwndo semoga bapanya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah Amy. Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan tempatkannya di sisi yang beriman. Al-Fatihah.
“Allahuakbar, Al-Fatihah. Salam takziah Amylea dan sekeluarga. Moga uncle bersama dengan golongan yang beriman.
“Al-Fatihah. Semoga the whole family you kuat sayang. Especially you. Be strong for them,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, bapa kepada Amylea telah pun dimasukan ke Institut Jantung Negara dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas mengalami beberapa komplikasi disebabkan jangkitan kuman sejak seminggu yang lalu.
Sumber:
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jurusolek profesional, MUA Bellaz menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Jumaat.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Bellaz atau nama sebenarnya Nir Nabila Zulyadini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram
Pada masa sama, Bellaz turut mengumumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Nur Aisywara Nealofa.
“Allahuakbar, syukur Alhamdulillah. Nur Aisywara Nealofa,” tulisnya ringkas.
Menerusi entri berasingan, Bellaz turut memberitahu, anaknya bongsunya itu kini berada dalam keadaan yang sihat.
Malah, dia juga turut mengimbas kembali saat pertama dia mengetahui mengenai kehamilannya itu sewaktu menunaikan umrah di tanah suci.
“Salam maal hijrah buat semua aunty dan uncle yang beragama Islam. Alhamdulillah Nur Aisywara Nealofa sihat di awal Muharam ini.
“Awal Muharam hari yang penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari makkah ke madinah.
“Di Kota Makkah la Nur Aisywara Nealofa hadir dekat rahim mama. Test dekat Malaysia dia tak naik dua line. Duduk sana dalam dua minggi test-test, naik rezeki ya Allah. Suprise dekat sana,” kongsinya lagi.
Malah, Bellaz yang kini memiliki lebih dua juga pengikut di laman Instagram turut menitipkan doa buat semua pasangan suami isteri yang sedang menantikan zuriat agar dipermudahkan segala urusan mereka
“Bellaz doakan ibu-ibu semua yang menanti diberikan zuriat secepat mungkin. aminnnn Amin,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Bellaz dan suami.
Sekadar informasi, Bellaz dan suaminya, Anuar Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2013 dan telah terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!