Pelakon Ben Amir tampil mendedahkan punca yang menyebabkan dia terpaksa melalui prosedur pembedahan seperti yang dikongsikannya menerusi laman sosial miliknya sebelum ini.
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 32, dia hampir buta di bahagian mata sebelah kiri gara-gara terlibat dengan kemalangan pada bulan Jun lalu.
Dalam muat naik video terbaharu di laman Instagram dan TikTok miliknya, Ben berkongsikan video proses pemulihannya termasuk gambar mata kirinya yang cedera teruk.
“Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta… kemalangan yang mengubah pandangan saya mengenai kehidupan.
“Proses pemulihan yang sangat sukar daripada segi mental dan fizial. Saya sangat tertekan dan lemah,” tulisnya.
Selepas menjalani proses pembedahan pada pertengahan Jun lalu, Ben berkata dia kini sudah semakin beransur pulih daripada kecederaan tersebut.
“Hari ini keadaan saya bertambah baik dan saya berasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya.
“Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada di sisi ketika saya di tahap paling bawah. Sekarang adalah masa untuk saya maju ke hadapan dan berkembang,” tulis Ben lagi.
Terdahulu, Ben berkongsi dirinya berada di hospital dan menjalani pembedahan di bahagian mata tanpa berkongsi puncanya kepada umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ben Amir