Heboh menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu mengenai suatu kenyataan perihal status anak luar nikah yang dikatakan tidak boleh dinikahi mana-mana lelaki dan wanita atas beberapa sebab.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Azman.
Penceramah berkenaan tampil membidas kenyataan tersebut menerusi Instagram. Terdahulu, status tular tersebut mewujudkan reaksi pelbagai netizen.
“Baru-baru ini viral satu kenyataan sangat karut tentang anak zina. Kenyataan yang sangat jauh dari rahmat Islam. Memberi gambaran buruk kepada nilai kemanusiaan.
“Tidak berdosa seseorang anak yang lahir daripada hasil zina. Anak zina jika dididik dengan baik, maka dia juga adalah insan yang sama dengan insan lain. Yang berdosa hanyalah kedua-dua orang tuanya yang berzina.
“Bahkan kedua-dua orang tuanya kalau sungguh bertaubat, maka Allah mengampuni dosa mereka. Rahmat Allah sangat luas,” kongsinya.
Pada masa sama, Azman turut menitipkan firman berikut;
“Renung firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 164,
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
“Maksud :”Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”,” tulisnya.
Moga penjelasan yang diberikan boleh memberi pengetahuan lebih jelas buat kita semua, insyaAllah.
Foto: Instagran PU Azman