Mengejutkan apabila vokalis kumpulan Zivilia, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Alias telah ditahan Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana terlibat dengan jenayah dadah, dua hari lalu.

Berdasarkan laporan, Zul bukan sahaja menjadi penagih dadah malah dia juga turut menjadi pengedar.

Difahamkan ketika serbuan dibuat oleh Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Aishiteru itu sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi.

Ads

Sebelum itu, Zul telah ditahan pihak berkuasa pada 1 Mac lalu ketika dia berada di Apartment Gading, River View, Jakarta Utara sementara beberapa rakan Zul telah ditahan oleh pihak polis pada 28 Februari yang lalu.

“Benar, Ditangkap,” – Vokalis Kumpulan Zivilia Berdepan Hukuman Gantung, Ditahan Bersama Syabu 9.5Kg Dan… “Benar, Ditangkap,” – Vokalis Kumpulan Zivilia Berdepan Hukuman Gantung, Ditahan Bersama Syabu 9.5Kg Dan…

Ads

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Suwondo Nainggolan memaklumkan bahawa Zul boleh berhadapan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan atau minimum penjara 20 tahun.

“Benar,ditangkap. Dengan barang bukti ini yang juga berkait dengan rakannya, Zul boleh dikenakan hukuman mati atau minimum 20 tahun penjara, bergantung kepada kesalahanya,”katanya.

Ads

Selain itu, pihak polis juga memaklumkan, Zul juga berkemungkinan terlibat dengan jenayah dadah antarabangsa seperti menjalankan jual beli dadah dari luar negara berdasarkan beberapa bahan bukti yang ditemui.

Sumber : Twitter ASTRO AWANI & Detiknews.com

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI