Pelakon dan penyanyi, Kilafairy tidak menafikan prosesnya dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
Dua tahun tampil sopan berhijab, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil ini bagaimanapun percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan baru sahaja dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 bagi kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu.
Ads
“Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingidengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya lagi.
Lebih menarik, koleksi tudung yang dilancarkan secara rasmi malam ini itu sudah menerima 250,000 pra tempahan.
MINAZ Hijab yang dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series terus pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.
Ads
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenamatudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ syukur nikmat dengan kejayaan awal itu.
“Saya anggap tuah dan rezeki ini datang daripada pelbagai sudut. Tentunya kejayaan ini takkan diperoleh tanpa kerja keras team MINAZ, stokis dan agent seluruh Malaysia seterusnya sokongan Kilafairy sebagai wajah wakilan kempen.
“Kami mensasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Marilah sama sama kita jadi Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ.
“Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai. Pembungkusannya setanding jenama mewah. Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari laman web rasmi,” katanya.
Ads
Sebelum Kilafairy, Nora Danish terlebih dahulu diperkenalkan untuk siri kempen sama edisi 2.0 tahun lalu yang turut terpalit kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita ‘free hair’.
“Bertepatan dengan kempen global Hari Hijab Sedunia, MINAZ mahu bawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri. Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan kami inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.
“Ia sekali gus melantiknya sebagai muka hadapan kempen dengan sorotan episod seterusnya saat dia berhijrah memulakan kehidupan fasa berhijab,” katanya.
Pengarah fesyen jenama itu juga pada masa sama melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.
“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab. Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya.
“Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung. Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak mencolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim kini berada di Kota Mekah bersama keluaganya.
Dalam pada itu, Rozita atau mesra dengan pangilan bonda Rozita telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen.
“Pagi kat sini belum srpn lagi.. rindu dah kat Rumah Hutan sy mengakhiri solat hajat & doa di pagi dhuha..
Sebelum tawaf widak, sy mendoakan hajat dn taldir yg baik pd diri sy dan kematian sy yg baik, nnti diterima Allah dgn amalan belah kanan, pasti sy mendoakan produ2 sy Allah bg shifak afiat kesembuhan yg baik pd mereka yg mengamalkannya..
Supaya xrugi org beli..mudah2 org makan produk sy membolehkan mrk solat sempurna dan sihat boleh cari rezeki utk family,” tulisnya.
Bonda turut mendoakan agar mereka diluar sana berkesempatan sebagai tetamu Allah di tanah suci itu.
“Ya Rabb mudahan perkenankan hajat siapa2 yg berhajat sihat.. menginginkan segera jodohnya..yg me doakan dpt zuriat.. dilimpahkan rezeki halal..bahagiakn keluarga mrk dgn takdir dan rezeki yg baik supaya mrk taat dan menjadi hambaMu yg bersyukur.. dan jemputlah mrk kemari sbg tetamuMu…,”doanya.
Susulan itu, netizen telah memberi pendapat masing-masing selepas mengamalkan produk yang dikeluarkan bonda.
Selain mengeluarkan produk kesihatan, bonda juga merupakan pengasas Rumah Hutan iaitu sebuah restoran dan Rumah Terapi yang merupakan chalet berkonsepkan moden temporari bagi mereka yang ingin jauh dari kesibukan kota.
Semoga Bonda Rozita sekeluarga mendapat umrah yang mabrur, insyaAllah.
Foto: IG Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik keputusan peperiksaan PT3 anaknya, Airell di laman Instagram, jelas Sharifah Shahira, jangan sesekali menghina walau apa pun yang berlaku.
Meski kurang daripada segi pembelajaran, namun dia mengharapkan agar anaknya itu membesar menjadi anak yang baik.
“Dari zaman mak dia sampai laa ke anak D je. Apa ni…adoiiiii.
“Dah cakap kat somi suh pergi pagi2 amik Satu je A. Jangan hina anak kita tau.. Kita pun macam tu dulu.
“Tapi kita bayar tax. Rajin gi umah org kawin. Rajin gi spital tengok orang sakit Bergantung kalau tak busy.
“Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup Supaya hormat org tua..dan tak macam org lain komen kecikkan hati orang..Hidup gelak ketawa dan kecewa..biasa ye.
“Tahniah yang dapat A. Jauhi DADAH.. banyak D ni,” tulisnya yang mesra disapa sebagai Shiera.
Nyata perkongsian sarat humor dari penyampai radio ini memberi inspirasi kepada netizen agar tidak memandang anak-anak hanya daripada segi pembelajaran.
Shiera dan Ijoy berkahwin pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto : Sharifah Shahira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyatakan rasa kagum atas usaha yang dijalankan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) dalam meringankan beban petugas barisan hadapan, Lufya Omar memohon lebih ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan.
Ia adalah sebagai usaha membuat peralatan perlindungan diri (PPE) dapat diperluaskan lagi berikutan masih banyak hospital yang masih memerlukan sokongan.
“Kalau sister boleh jahit dah lama sis datang tolong jahitkan PPE sekali.
“Malangnya tak pandai la.. Sis bantu la apa yang mampu ya adik-adik ku yang berhati mulia ni. Lufya terpanggil untuk menyebarkan usaha murni anak-anak yatim, asnaf, OKU dari Rumah Pengasih Warga Prihatin @prihatinrpwp yang menghasilkan sendiri pakaian kelengkapan PPE untuk pejuang Frontliner kita yang sedang merawat pesakit Covid 19 ketika ini.
“Malu sis kalau tak turut sama membantu apa yang termampu untuk menyokong usaha murni kalian.
“Sedia maklum ketiadaan kelengkapan pakaian PPE di hospital mencetuskan idea mereka untuk melancarkan @projekpelangi bagi menerima sumbangan anda semua untuk menghasilkan lebih banyak PPE dan ada yang telah sampai kepada mereka.
“Jom sama – sama kita hulurkan bantuan di saat-saat memerlukan ini. Jangan lah kita tunggu kaya untuk bersedekah dan melakukan kebaikkan, tetapi di saat kita sendiri tengah susahlah kita bantu orang yang lebih memerlukan. Tak percayakah kita pada janji Allah? Jangan takut Allah pasti gantikan dengan berlipat kali ganda pemberian anda semua.
“Klik www.projekpelangi.com
Atau juga melalui Bank Rakyat
110801001568
Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin,” kongsinya.
Terdahulu, RPWP melancarkan inisiatif dengan menghasilkan pembuatan PPE seperti pelindung muka (visor), topeng muka (mask), coverall, gaun bedah, tudung kepala dan lain-lain untuk memenuhi permintaan yang amat tinggi oleh barisan hadapan negara yang sedang mendepani COVID-19.
Kira-kira 120 warga RPWP menyumbangkan tenaga dan masa mereka dengan sasaran menghasilkan sehingga 3,000 unit pelindung muka sehari.
Foto : Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!