Selepas beberapa hari kecoh mengenai kontroversi video cium mulut anaknya, Syafi Tee akhirnya pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil memberikan kenyataannya berhubung isu tersebut.
Kenyataan itu dibuat selepas lima hari dia berdiam diri ekoran terlibat dengan kekangan kerja.
Ridhuan menyifatkan kontorversi melibatkan anaknya itu merupakan satu ujian daripada Allah SWT serta apa yang berlaku akan terus mematangkan mereka yang diuji.
“Benar sekali, iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna.
“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina dina ini.
“Tapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah…Saya pasrah,” katanya.
Ads
Menurutnya, dugaan yang berlaku dianggap pengajaran malah sedikit pun tidak menghalangnya daripada terus menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Kata Ridhuan, dia akan terus melaksanakan kewajipannya iaitu menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan.
Ads
Dia yang lantang bersuara berhubung sesebuah isu berkata, para ilmuan dan ulama tidak wajar berdiam diri daripada menegur kehidupan artis.
“Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri.
“Ambil iktibar apa yang berlaku di Indonesia, ada segelintir ulama dan ilmuan berdiam diri, tidak menegur kehidupan artis, akhirnya ramai artis tersasar.
Ads
“Apakah kita mahu itu juga berlaku kepada artis-artis kita? Mereka mesti diselamatkan jika tersasar, kerana itu tanggungjawab kita semua,” katanya.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang didakwa sebagai Syafi, 29, bercium dengan kekasihnya. Perkongsian itu mengundang kecaman hebat netizen.
Tahun lalu, nama pelakon itu turut mendapat kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita tular.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syafi Tee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, dengan sekali lafaz pada jam 3.15 petang dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al-Abdul Razak, Singapura, semalam.
Sambil menzahirkan rasa teruja, Aisyah turut bersyukur atas segala perancangan dipermudah oleh Allah SWT.
“Lafaz ijab kabul benar-benar menyentuh hati kami berdua, dan kami bersyukur atas segala barakah yang Allah limpahkan,” katanya.
Majlis Yang Diimpikan
Aisyah turut berkongsi kegembiraannya apabila majlis yang berlangsung dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat, menjadikan ia satu kenangan yang cukup indah dan bermakna.
“Majlisnya sederhana dan intim persis seperti yang kami impikan. Setiap detik terasa tulus, tenang dan sangat bermakna,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Pujaanku ini menambah, dia dan suami amat menantikan perjalanan baharu mereka sebagai suami isteri, berlandaskan cinta dan iman.
“Kami menantikan perjalanan baru ini untuk membina kehidupan bersama berlandaskan cinta, iman dan proses saling belajar sepanjang jalan,” ujarnya.
Abang PU Riz ‘Pencuri’ Hati
Terdahulu, media melaporkan lelaki yang berjaya menambat hati bintang tingg lampai itu ialah abang kepada pendakwah dan selebriti terkenal, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Sejurus diija kabul, pasangan sama cantik sama padan ini turut mengadakan majlis resepsi pada Jumaat malam di sebuah lokasi eksklusif di Singapura yang hanya melibatkan keluarga dan kenalan rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Entri Instagram penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang mendedahkan wajah anak keduanya menarik perhatian ramai.
Malah, isteri kepada Aliff Aziz itu turut mengumumkan nama ‘baby girl’ yang baru dilahirkan, Ara Adreanna.
Bayi comel itu dilahirkan pada 18 Julai lalu. Aliff yang berada di Singapura bagaimanapun tiada dalam rakaman foto berkenaan berikutan situasi semasa dunia yang berlaku.
Sedondon mengenakan baju rona hijau cair yang turut dirakam bersama anak pertamanya, Ayden Adrian, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju buat puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi terbabit.
“So precious and small. Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna (mini me). Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah.
“P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot. Mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, entri yang sudah mendapat tanda suka lebih 120,000 itu dibanjiri komen dari peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya memuji seri ibu serta anak yang baru saja lahir.
Malah, ada komen yang ditinggalkan itu mendapat reaksi dari Bella sendiri.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.
Rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui hingga kini, tiada mana-mana penyanyi lelaki yang boleh menggantikan rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Penyanyi Hatiku Milikmu itu menyatakan pendapat tersebut menerusi program GIG Siti Nordiana siaran TV1, tidak lama dulu.
“Zaman kegemilangan duet dengan arwah Achik tiada gantinya sampai sekarang memandangkan kami ada peminat dan pengikut tersendiri.
“Meski saya cuba duet dengan mana-mana artis lelaki lain, ia masih tidak boleh sama. Misalnya dengan Khai Bahar, Lan Solo atau Alif Satar. Mereka masing-masing punyai genre sendiri.
“Jadi tiada peminat yang membandingkan. Arwah sudah sedia ada dalam hati peminat saya dan dia,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya di antara ketiga-tiga bintang tersebut mana satu yang dirasakan paling sesuai berduet dengannya, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana memberitahu, Khai Bahar merupakan penyanyi lelaki paling sesuai.
“Rasanya yang betul-betul sesuai, ialah Khai. Dia boleh dan mampu nyanyikan semua lagu duet saya dan arwah. Malah tone dan lagu-lagunya yang mendayu-dayu tu sesuai dengan muzik saya juga,” kongsi Nana.
Terdahulu, pasangan duet Nana dan Allahyarham Achik dari kumpulan Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lebih sembilan tahun lalu.
Antara lagu duet yang sinonim dengan keduanya seperti Paling Comel, Gurauan Berkasih dan banyak lagi.
Foto: Carian Google/Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...