Pelbagai kejadian bencana alam yang melanda negara dan dunia sejak akhir-akhir ini telah membuka mata ramai pihak untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil kesedaran di atas ujian yang menimpa.
Lalu ramai yang menyatakan pendapatnya berhubung isu berkaitan termasuk pelakon dan penyanyi, Erra Fazira yang melayangkan luah rasanya.
Bintang terkenal ini menggesa semua meningkatkan tahap kesedaran mengenai alam sekitar, lebih-lebih lagi apabila negara sedang dilanda bencana alam.
“Sejak kebelakangan ini macam-macam kejadian berlaku di sekeliling kita. Bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
“Bencana demi bencana melanda, benarlah bagai dikata, dunia semakin uzur.
“Bukan saja manusia boleh tenat, dunia juga menghadapi proses yang sama. Tiba masanya kita tingkatkan kesedaran, perbetulkan ekosistem yang memudaratkan.
“Sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang, kita cari jalan penyelesaian melalui segala bentuk pendekatan untuk meringankan beban bumi yang semakin memberontak.
“InsyaAllah kita masih boleh berubah. Moga Allah lindungi kita semua, jangan berhenti berusaha, jangan pernah berhenti berdoa. Jom ubah demi kebaikan,” kongsinya.
View this post on Instagram
Erra menitipkannya menerusi salah satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian sama, Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 48, turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor.
“Salam takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali serta mereka yang terjejas akibat banjir di seluruh Malaysia.
“Semoga mangsa-mangsa diberi kekuatan dan kesabaran. Moga musibah ini diganti dengan kebaikan serta rahmat Allah. Amin,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI