Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dirinya sudah naik jelak dengan gimik-gimik yang kerap berlaku di dalam industri seni tempatan sejak akhir-akhir ini.
Menurut Fazley, perkara-perkara seperti bakal menjadi ikutan generasi akan datang sekiranya ia tidak dibendung dan dibiarkan berterusan.
“Maaflah bunyi kasar tapi benda-benda ini sememangnya merupakan perkara bodoh. Bodoh piang dan otak letak atas papan pemotong lepas tu potong kecil-kecil.
“Pertama buat prank memalukan untuk viral dan sosial eksperimen. Kedua, gimik putus cinta sebab lagu baru. Ketiga, memalukan dan menjatuhkan maruah peserta sebab nakkan drama.
“Its just a big NO! Semua benda jadi ikutan sekarang, kalau betul nak orang ingat demi marketing, banyak lagi cara lain,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Asmara Ini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, gimik-gimik murahan seperti ini seakan-akan merompak kepercayaan orang ramai demi kepuasan diri sendiri.
Malah, Fazley turut berharap agar Menteri Komunikasi Dan Digital yang baharu, Fahmi Fadzil dapat memantau perkara ini agar tidak menjadi barah di dalam masyarakat.
“Betul lah, any publicity is good marketing, tapi kalau benda yang menjatuhkan maruah, meraih simpati palsu atau sengaja buat orang marah, itu dah macam main-mainkan perasaan followers.
“Sama macam menipu orang dan merompak “trust” followers, tak begitu?
Serious question, adakah ini yang korang nak sebagai followers/peminat? Atau korang pun dah bosan diperbodohkan selalu?
“Pemantauan badan berwajib tu perlu! What do you and your team think YBM @fahmifadzil.1 ?,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan.
“Akhirnya ada yang bercakap fasal isu ini. Dengan dunia viral sampai lupa tentang maruah. Kadang-kadang maruah mereka sendiri pun, mereka dah tak kisah.
“Kami dah bosan dan menyampah.
“Realiti sekarang semua mengejar viral.
“Mereka sanggup buat apa sahaja demi konten walaupun membodohkan diri sendiri. Bertindak biadap pun mereka sanggup,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, Fazley ada memberikan responnya berhubung kelakuan salah seorang juri program masakan yang dikatakan agak biadap ketika memberikan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazley Yaakob