Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim mengakui dirinya amat berbesar hati apabila berpeluang untuk berkongsi pentas bersama pengarah, Michael Ang selepas terpalit dengan kotroversi yang melanda mereka baru-baru ini.

Menurut Fikry, sebagai hos, adalah menjadi tugasnya untuk menyambut kehadiran Michael yang bertindak selaku juri jemputan pada Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 yang telah pun melabuhkan tirainya semalam.

“Saya tiada masalah apa pun. Bila dia datang saya menyambutnya dengan baik kerana dia tetamu kita.

“Dia pun sudi untuk datang dan saya ucapkan berbanyak terima kasih. Kalau perkara yang selebih daripada itu saya tidak tahu.

“Saya tak tahu apa yang dia fikirkan tapi saya rasa okay sahaja tiada masalah.

“Saya tak terasa pun. Perkara ini bermula bila saya tegur seseorang itu dengan baik supaya perkara ini dapat menyedarkan dia dan orang lain.

Ads

“Tapi alhamdulillah mungkin ada perselisihan diantara kami di peringkat awal tapi sekarang semuanya dah reda. Ini mungkin pengajaran untuk kedua-dua belah pihak,” katanya kepada MH.

“Benda Dah Lepas, Buang Masa Je,” – Kalau Diberi Peluang Kerja Dengan Michael Ang, Ini Syarat Fikry Ibrahim
Fikry berkata sedemikian ketika ditemui media selepas berakhirnya Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 yang berlansung di Seri Kembangan pada Rabu.

Mengakui industri seni tanah air ini tidaklah begitu besar, Fikry menjelaskan dia tidak mahu agar isu ini dibiarkan berpanjangan

“Saya tidak pernah menyebut pun nama sesiapa tapi kalau ada yang terasa tu, saya tiada niat pun untuk mengaibkan sesiapa.

Ads

“Tapi kalau ada orang yang cuba mengaibkan saya dan statement seseorang itu disebabkan oleh kekurangan daripada saya, saya minta maaf.

“Kalau salah saya, saya minta maaf tiada masalah pun di sini. Saya minta maaf secara terbuka kalau saya salah.

“Tapi kalau dia pun segan nak minta maaf tak mengapa saya maafkan dia. Benda ni pun dah lepas. Buang masa je. Industri kita pun kecil je,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya adakah dia sudi untu berkerjasama semual dengan Michael, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon drama The Bridge musim ke-2 itu;

Ads

“Sejujurnya kalau diberi peluang, saya tak kisah untuk berkerjasama.

“Yang penting kena ikut S.O.P yang betul, sistematik dan telus,” jelasnya.

Pada malam Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020, Fikry bertindak selaku hos bersama gandingannya Uyaina Arshad.

Terdahulu, Qila telah pundinobatkan selaku juara edisi pertama Ratu Hijabista 2020 manakala tempat kedua pula disandang oleh Tina Aziz.

“Benda Dah Lepas, Buang Masa Je,” – Kalau Diberi Peluang Kerja Dengan Michael Ang, Ini Syarat Fikry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI