“Benda Jadi Cepat Gila, Stop Assuming,”- Dakwa Tayar Meletup Sebab Pandu Laju, Isteri Sufi Rashid Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Share

Semalam, telah berlakunya satu kemalangan kecil melibatkan penyanyi, Sufi Rashid bersama isterinya, Nurulain Md Yusof.

Menurut Sufie, tayar kereta yang dipandunya secara tiba-tiba telah meletup sewaktu dalam perjalanan pulang daripada Johor ke Kuala Lumpur selepas selesai menghantar tempahan kepada pelanggan (Cash On Delivery).

“Astaghfirullah! Kereta hampir tergolek. Tayar meletup dari Johor ke KL lepas hantar doorgift customer. Ya Allah terima kasih,” kongsinya.

Tidak lama selepas itu, terdapat pula beberapa pihak yang mendakwa insiden tersebut berlaku disebabkan oleh Sufi yang memandu melebihi had laju.

Tidak mahu isu tersebut dibiar berpanjangan, Nurulain tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar.

“Orang anggap kitorang speeding sebab tu tayar pecah tapi bukan sebab speeding. Tayar pecah selepas 15 minit keluar tol Kulai dan Sufi tak speed pun, lagipun hujan semalam.

“Benda ni jadi cepat gila, masa dengar bunyi tayar pecah tu, kereta dah bergegar dah. Sufi cuba untuk pergi kiri. Tayar pecah belah kanan depan, jadi Sufi struggle untuk tahan steering ke kiri.

“Kalau tak kuat nak tahan ke kiri, taktahu nak jadi apa. So stop assuming!

“Kami membeli kereta ini sebulan yang lalu ada kemungkinan tayar ni sudah tamat tempoh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Nurulain menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, Nurulain yang telah pun melangsungkan perkahwinan bersama Sufi pada tanggal 21 September 2019 turut mendedahkan punca sebenar insiden tersebut sebaik sahaja menghantar kereta ke bengkel.

“Okay dah jumpa sebab pecah dah. Terkena paku guys,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, menerusi entri yang dimuat naik oleh penyanyi lagu, Aku Sanggup itu, rata-rata netizen meluahkan rasa lega selain turut menasihati Sufi agar lebih berhati-hati lagi selepas ini.

Sumber: Instagram Sufi Rashid & Nurulain

Published by
Aizam Manaf