Penyanyi dan penulis lagu, Altimet memaklumkan dirinya telah menyerahkan hak royalti bagi lagu Aduh Malaysia yang diinspirasikan menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok kepada waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Menurut Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, 2022 bakal menjadi tahun terkakhir untuk waris P Ramlee menerima royalti memandangkan hak mereka akan lupus selepas 50 tahun.
Lantaran itu, dia berharap agar lagu ini akan terus mendapat sambutan untuk meningkatkan lagi jumlah royalti.
Sebenarnya sy lepaskan semua royalti lagu ni ke waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee. 2022 antara tahun terakhir utk waris2nya dapat hasil harta intelek dia. Hak ni lupus 50 lepas pencipta meninggal. Lagi ramai org nyanyi lagi byk diorang dapat. So Terimalah kasih semua. 🫶🏽 https://t.co/DcCCkzhGPC
— Altimet.eth (@altimet) December 8, 2022
“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ni ke waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee. 2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya dapat hasil harta intelek dia.
“Hak ni lupus 50 lepas pencipta meninggal. Lagi ramai orang nyanyi lagu ni, banyak diorang dapat. Jadi, terima kasih semua,” tulisnya.
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu Bunga itu menerusi beberapa ciapan di Twitter.
Katanya lagi, dia sebenarnya sudah lama merancang mengenai perkara ini dan tahun ini merupakan waktu yang sesuai untuk melancarkan lagu ini.
Benda ni dah lama rancang. Lagu siap 2016. Update sikit 2021/22. Sentimen rakyat kena pada masa ni. Allahyarham meninggal 1973. Apa lagi. Terima kasih semua yg viralkan lagu ni. Sy tak mampu balas jasa satu persatu. 🫶🏽
— Altimet.eth (@altimet) December 8, 2022
“Benda ni dah lama rancang. Lagu siap 2016. Update sikit 2021/22. Sentimen rakyat kena pada masa ni. Allahyarham meninggal 1973.
“Apa lagi. Terima kasih semua yang viralkan lagu ni. Saya tak mampu balas jasa satu persatu,” kongsinya lagi.
Terdahulu, lagu Aduh Malaysia ini menjadi siulan ramai ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Untuk pengetahuan, Akta Hak Cipta 1987 hanya memberi tempoh perlindungan selama 50 tahun kepada sesebuah karya selepas kematian penciptanya.
Tiada lagi imbuhan royalti kepada waris selepas kontrak royalti tamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Twitter Altimet
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI