Penyanyi cilik, Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya Bersama yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster lebih dua tahun lalu.
Menariknya, Angelica berpeluang berduet dengan guru muziknya sendiri iaitu Mark Adam yang juga pencipta lagu tersebut.
Kini, setelah dua tahun Angelica kembali muncul semula dengan single kedua berjudul Detik.
Masih lagi mendapat sentuhan Mark, penyanyi itu mengakui Angelica merupakan seorang anak murid yang mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang nyanyian.
“Ketika mengajarnya, saya melihat kelebihan Angelica menyanyikan beberapa genre lagu di dalam kelas.
“Malah, dia merupakan pelajar yang sangat rajin yang mempunyai sikap atau keinginan yang tinggi untuk faham tentang muzik dan lagu” ujarnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai Detik, Mark menjelaskan ia dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021, di mana ketika itu semua orang terpaksa duduk di rumah dan dilarang untuk keluar.
“Ketika PKP berlaku, ada yang berjauhan dengan ibu bapa, saudara-mara, suami atau isteri & dan juga rakan-rakan sehingga akhirnya tercetuslah idea untuk saya menghasilkan lagu Detik.
“Lagu ini menceritakan tentang sebuah kisah persahabatan yang saling berjauhan dan timbul perasaan rindu. Apa yang ada ketika itu adalah sebuah memori dan kenangan bersama mereka,” jelasnya lagi.
Mark menambah antara keistimewaan lagu ini adalah pada lirik dan melodi, di mana ia akan membuatkan seorang akan mengalami perasaan rindu terhadap seseorang.
Dalam pada itu, Mark juga mengakui terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk sesi rakaman lagu ini bersama Angelica.
“Cabarannya adalah ketikan sesi rakaman dibuat semasa PKP. Jadi Angelica sendiri terpaksa belajar dengan beberapa cara sama ada online ataupun offline untuk untuk menghasilkan lagu ini.
“Selain itu, Angelica juga ketika itu perlu belajar genre yang baru untuk dirinya iaitu Pop Standard,” katanya.
Sementara itu, ibu Angelica juga bersyukur dan rasa bertuah apabila dapat meneruskan minat nyanyian menerusi single terbaharunya itu.
“Pengalaman pertamanya menerusi lagu Selamanya Bersama ketika usianya baru sembilan tahun telah benar-benar memberi kesan positif terhadap minatnya dengan dunia nyanyian.
“Kini pada usianya yang telah mencecah 11 tahun, saya percaya anak saya ini semakin matang serta semakin faham dengan dunia nyanyian,” jelasnya.
Dalam pada itu, Angelica kini bernaung di bawah syarikat rakaman D’Ayu Muzik yang juga telah pun menyusun jadual muzik tanpa mengganggu jadual persekolahannya.
Single Detik sudah dilancarkan pada 30 Jun lalu di semua platform digital streaming bersama Muzik Video di YouTube Channel D’Ayu Music dan turut tersenarai dalam Carta Lagu Baru Nak Up di Era.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon Reza Hasbi akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya yang dilahirkan 10 hari lalu menerusi Instagram.
Bayi lelaki seberat 2.79 kilogram itu diberi nama Muhammad Rafie Daiyan dan pastinya, si bapa mengharapkan agar anaknya menjadi insan soleh dan membesar dengan sihat.
“Assalamualaikum Semua.perkenalkan cahaya mata kedua saya.
“Alhamdulillah..Terima kasih semua utk ucapan & doa yg diberi, sy minta maaf xdpt nk respon semua. Hihi.
“Alhamdulillah,Doakan baby Muhammad Rafie Daiyan membesar dgn sihat ye. Amin…Tqsm syg @rdr7_ bertarung nyawa lahirkan zuriat saye,” tulisnya di Instagram.
Tahniah diucapkan kepada Aruel Ariel, 36, melakar kejayaan manis apabila muncul juara Getaran Jiwa yang berlangsung di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak malam tadi.
Menyampaikan lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti dan Gelora menerusi cabaran battle duo bersama Santiana Ramli, Aruel berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.
Tempat kedua menjadi milik Santiana yang menyampaikan lagu Tari Tualang Tiga sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 serta trofi.
Afif Tenor pula berpuas hati di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 serta RM1,000 menerusi Anugerah GJ Pilihan Jiwa.
Tempat keempat jatuh kepada Ameem,34, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional dan 30% oleh juri awam yang mengundi di atas talian menggunakan ‘Meter Jiwa’.
Persembahan peserta minggu akhir ini dinilai oleh Datuk Nash selaku ketua juri serta Norafizah Busman sebagai juri tetap dan Faizal Tahir selaku juri jemputan.
Sementara itu, pentas akhir Getaran Jiwa turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Mas Idayu yang bertindak sebagai Mami Jiwa Panas.
Dihoskan oleh Sissy Imann dan Jiggy, program terbitan TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak ini diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Pada acara final, penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Alena Murang, Winnie Albert, Carrie Geres, Safar Ghafar dan Hairee Francis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!