Kecoh baru-baru ini tentang bendera negara Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku panduan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Menteri Belia dan Suka, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan KJ telah tampil memohon maaf dan kesal atas perkara tersebut di akaun Twitter miliknya.
KJ telah membalas tweet daripada Imam Nahrawi di Twitter yang mengatakan pembukaan Sukan Sea 2017 ini sangat bagus namun amat menyakitkan adalah apabila bendera negaranya Indonesia dicetak terbalik.
“Pembukaan #SEAgame2017 yg bagus tapi tercederai dg keteledoran fatal yg amat menyakitkan. Bendera kita….Merah Putih. Astaghfirullaah…,” tulis tweet Imam Nahrawi.
Rentetan daripada tweet Imam Nahrawani itu, KJ telah memohon maaf dengan mengatakan perkara yang terjadi ini sama sekali tiada niat jahat kepada negara Indonesia.
“Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf,” balas KJ memohon maaf atas perkara yang berlaku.
Menurut sumber Bernama pula, Jawatankuasa Penganjur Malaysia Sukan SEA 2017 (MASOC) juga telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan yang tidak disengajakan.
“Kesilapan ini amat dikesali dan kami percaya hubungan erat antara dua negara ini akan lebih diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA,” menurut kenyataan daripada sumber.
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin, Benama & BH TV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI