Pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha berkongsi sepotong video di Instagram yang merakamkan momen rambut panjang cecah bahunya dipotong.
Tampil lebih kemas dengan gaya potongan yang segar, penampilan suami kepada pelakon dan usahawan, Ayu Raudhah ini menerima perhatian para peminatnya.
Malah Ayu turut kelihatan di dalam video yang dimuat naik.
“Berakhirlah sudah kisah rambut panjang. New look, new chapter,” tulisnya ringkas menerusi posting yang sudah pun meraih lebih 15,000 tanda suka itu.
Pelbagai reaksi telah diberikan peminat menerusi ruangan komen. Antaranya;
“Rambut pendek lagi smart bro.”
“Smart jetak bos kita.”
“Rambut panjang lagi stailo.”
“Zaquan Adha prime 2018 is back.”
“Ala… sayangnya potong. Cantik giler.”
“Baru separuh siap dah nampak dia punya handsome.”
“Muka handsome tak apa bto. Rambut oanjang ke pendek, tetap steady.”
“Dah keliru semua mana abang mana adik.”
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 180,000 kali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/eJOm4N7va4U
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minta Keizinan Terhadap Beliau Untuk Memperisterikan Yaya Dan…,” – Azhar Tampil Jernihkan Keadaan, Nafi Kahwini Yaya
Selepas tular dakwaan perkahwinan pengasas Moon Cake, Haziqah Nurul Huda Harun atau Yaya yang didakwa telah berkahwin secara rahsia di Thailand, sebagaimana yang diperkatakan menerusi media sosial, Mahyudin Noral Azhar yang dikenali sebagai Azhar tampil membuat kenyataan di laman Facebook miliknya.
Difahamkan, Mahyudin merupakan suami kepada Suhana Hamzah, iaitu wanita yang mendakwa Yaya bercinta dengan suaminya menerusi media sosial.
Jelas lelaki berkenaan, dia tampil menjernihkan keadaan dan menyatakan dia dan Suhana masih lagi bergelar suami isteri.
Mahyudin turut menafikan dakwaan dia telah menceraikan isteri.
“Assalamualaikum.. setelah hampir 3 bulan saya deactivate fb.. hari ni saya terpaksa aktivkan kembali fb disebabkan terlalu banyak pertanyaan kepada diri saya.
“Yang bukan bermaksud diam atas sebab dayus cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikut.
“Utk makluman, saya dan juga isteri (Suhana Hamzah) masih sah dalam ikatan sebagai suami dsn isteri dan bagi kenyataan berkaitan penceraian kami, itu adalah tidak benar.
“Sebagai seorang suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama skali tidak pernah di abaikan sama juga terhadap anak2.
“Bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau adalah tidak benar sama skali, saya masih melayan beliau sama dan tidak mengabaikan mana2 tanggungjawab dri segi zahir dan batin dan masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yg diviralkan,” jelasnya.
Katanya lagi, dia telah mengenali Yaya beberapa tahun lalu dan telah menyatakan hasrat untuk memperisterikan wanita itu kepada isteri namun ditolak.
Pada masa sama, dia turut menegaskan tiada sebarang ikatan perkahwinan antaranya dengan wanita berusia 23 tahun itu.
“Berkenaan situasi saya dgn yaya, saya akui setelah mengenali beliau buat beberapa tahun yg lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama dan setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau atas asbab memperlihatkan keakraban di antara mereka berdua yg sngat2 rapat dan selesa juga melihat akan keikhlasan beliau yg bnyak membantu saya dalam menaikkan lagi perniagaan yg dimiliki oleh saya.
“Namun dari situ saya tidak pernah mengabaikan isteri saya dan selaku sebagai seorang suami, saya telah meminta keizinan terhadap beliau untuk memperisterikan yaya…dan atas dasar beberapa sebab yg berlaku termasuklah hasutan orng sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yg diviralkan,” tambah lelaki ini.
Azhar memohon agar isu ini tidak lagi diperbesarkan dan memohon maaf atas segala yang berlaku.
“Saya mohon untuk pihak2 netizen agar berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur bagi urusan kami dalam berumahtangga.
“Bagi isu yg diviralkan buat beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang kesalahfahaman dan tindakan bagi mana2 pihak yg mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej mana2 pihak berkaitan kes tersebut.
#lelakiMUKAseliparCROC,” kongsinya menjelaskan keadaan yang berlaku.
Terdahulu, tular di media sosial apabila Hana membuka kisah rumah tangganya untuk tatapan netizen dan mendakwa Yaya secara rahsia telah menjalin hubungan cinta dengan suaminya.
Malah dakwa Hana, pasangan ini telah berkahwin di Thailand pada 6 Januari lalu.
Foto : Facebook Baa Azhar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Ini Kita Kena Relakan Dia,” – Tya Arifin Sedih Melepaskan Kereta Lama, Suami Sebak Sama
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin tidak dapat menahan rasa sebak dan sedih apabila terpaksa melepaskan kereta utamanya hari ini selepas lima tahun.
Menurut Tya, banyak kenangan yang dilakar dengan kereta berkenaan bersamanya seisi keluarga.
Video momen tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Tik Tok yang sehingga kini sudah pun menerima lebih 120,000 tontonan.
@tyaarifinnw Kan 😭 @Tun Asyraf Khalid ™ #tyaarifin #jamumutyara #asyrafkhalid #viral #fyp #byebye #bukansekadarjamu ♬ original sound – FahimiR
“Hari ini kita terakhir kali naik kereta ini. Kereta ini sudah lima tahun bersama. Banyak kenangan di sini. Kita penat, bahagia, sedih, tertawa ‘dia’ tahu. Hantar ke sana ke sini. Hari ini kita kena relakan dia.
“Sedihnya. Selepas kereta sudah dihantar, baru rasa kehilangan,” tulisnya yang turut merakamkan momen sedih suaminya, Asyraf Khalid.
Sementara itu Tya turut mencoretkan perkara sama pada hantaran terbaharunya di Instagram.
“Perasaan ngelepas mobil yang udah bersama hampir 5 tahun kaya ngelepas kekasih lama. Ya, mobil ini udah kaya kekasih. Setiap hari sama sama, pergi dia ambil, pulang dia anter.
Kalo cape, boleh tiduran.
“Perasaan sedih kecewa nangis ketawa, terekam dalam memori mobil ini. Udah ibarat, saksi. Hari ini terakhir bersama kamu, melepas kamu karna saatnya kamu mulai hidup yang baru dengan orang lain, sama kaya kalau bercinta. Harus melepas sesuatu untuk yang lebih baik.
“Thankyou mobil atas sejarah manis, kebaikkan dan kenangan kita selama ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ada di antara peminat yang turut berkongsikan perasaan serta pengalaman mereka tatkala melepaskan kenderaan lama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Pandanglahlah Dengan Kasih Sayangmu Ya Allah,” – Titip Beri Kata Semangat Buat Sahabat, Jep & Sari Yanti Doakan Kesembuhan Siti Sarah
Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu memanjatkan doa agar isteri kepada sahabatnya, Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah segera diberikan kesembuhan untuk melawan penyakit Covid-19.
Menurut Jep, dia juga berharap agar kandungan penyanyi berkenaan juga berada dalam keadaan baik.
“Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim.. Kau berilah kesembuhan kepada isteri sahabatku ini dan juga bayi dalam kandungannya.
“Kau berilah kekuatan kepada sahabatku ini @shuibsepahtu untuk melalui ujianMu Ya Allah, Kau pandanglah ia dengan kasih sayang Mu Ya Allah,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu juga, Jep dilihat turut memberikan kata-kata semangat buat Shuib agar dia sentiasa bagi menghadapi detik sukar ini.
Menerusi entri berasingan, isteri kepada Jep yang juga merupakan pelakon, Sari Yanti turut menzahirkan doa.
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kurniakanlah kesembuhan dan kekuatan buat @sitisarahraissuddin dan baby dalam kandungannya Ya Allah.
“Ya Allah hilangkanlah penyakit dan sembuhkanlah kerana hanya engkaulah Yang Maha Menyembuhkan tiada kesembuhan melainkan kesembuhan darimu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun penyakit. Amin Allahumma Amin,” luahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan turut memberikan kata-kata semangat selain turut berharap segala baik-baik sahaja buat Sarah dan kandungannya.
“Amin, Ya Rabbal Alamin. Semoga dikurniakan syifa’ kesembuhan buat Siti Sarah dan baby.
“Makbulkanlah doa kami Ya Allah.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sembuh seperti sedia kala.
“Berikanlah kekuatan dan kesembuhan pada Sarah dan bayi dalam kandungan ya Allah,” antar reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam pada itu, Jep menerusi entri yang dikemas kini turut meminta ramai agar terus mendoakan yang terbaik buat Sarah.
“Mohon doa dari kalian semua. Mana tau diantara kita ada doanya yang diangkat. Terima kasih semua,” tulisnya.
Sumber: Instagram Sari Yanti & Jep Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI