
Pelakon Mimi Lana ada berkongsi sekeping gambar terkini dirinya di akaun Instagram.
Menerusi entri berkenaan, bintang Cari Aku Di Syurga ini dilhat menggayakan rambut pendek bagi menjayakan satu projek drama terkininya.
“Script reading for my upcoming telemovie #Derai,” tulis Mimi ringkas.
View this post on InstagramScript reading for my upcoming telemovie #Derai .
A post shared by MIMS (@missmimilana) on
Lantas, gambar tersebut menjadi perhatian peminat dan rata-rata meninggalkan kata pujian.
Untuk rekod, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaoina dilahirkan pada 21 November 1995 di Taiping, Perak.
Bintang tinggi lampai ini terlebih dahulu aktif dalam dunia peragaan dan pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid sebelum aktif dalam seni lakon.
Foto : Instagram Mimi Lana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Enggan Kurangkan Nafkah & Tarik Kes Terhadap Ira Kazar, Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai Terhadap Puteri Sarah

Kemelut rumah tangga diantara pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana difahamkan bakal berlanjutan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat ketika prosiding lafaz cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) sekali lagi.
Ketika ditemui media, Puteri Sarah akui kecewa dengan tindakan Syamsul yang memintanya untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan menarik semula kes mahkamah terhadap keluarga isteri keduanya, Ira Kazar sekiranya dia mahu dilepaskan.
“Sebelum ini, kita sudah mencapai kata persetujuan ketika berjumpa. Jadi, hari ini ada beberapa terma yang saya tidak setuju. Pertama sekali, dia meletakkan syarat agar saya tarik semula kes terhadap keluarga Ira Kazar.
“Untuk apa saya berjuang selama ini? Saya tidak akan tarik kes. Keduanya, dia minta diskaun terhadap tuntutan nafkah.
“Sebelum ini dia ada cakap fasal tarik semua kes terhadap kelurga Ira Kazar tapi saya minta nanti dahulu sebab mahu selesaikan kes satu per satu.
“Tiba-tiba peguam saya dapat draft perjanjian untuk turunkan kes. Jadi, saya memang tak akan setuju. Ini sudah melampau. Kes terhadap Ira Kazar akan diteruskan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini akui sudah bersedia sekiranya kes ini bakal berlanjutan lagi dalam jangka masa yang agak lama.
“Nak panjang pun panjangkanlah. Pihak saya memang sudah bersedia 10 langkah ke hadapan. Saya akan berjuang demi anak-anak. Perjuangan ini bukan untuk diri saya lagi.
“Tuntutan kami tak sampai angka juta pun. Bagi saya sangat sedikit. Jadi, saya tak kecewa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes dan laporan Jawatan Kuasa Pendapai yang telah disempurnakan oleh kedua-dua belah pihak.
Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama telah menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.
Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.
Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas keengganan Syamsul untuk menceraikan isteri pertamanya itu.
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.
Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Dont Need Third Party In My Relationship,” – Fazreen Fazera-Mas Khan Putus Cinta

Hubungan bekas finalis Dewi Remaja, Fazreen Fazera bersama pelakon Mas Khan dikatakan sudah mulai retak apabila gadis berkenaan mendedahkan mengenai status hubungan di antara mereka, awal semalam.
Pendedahan tersebut dibuat bintang muda ini menerusi Insta Stories menerusi aplikasi ‘Ask Me Question’ di Instagram.
“You not longer with Mas Khan?,” tanya salah seorang peminat lalu ini yang jawab Fazreen;
“Saya sedih untuk mengumumkan yang ya…Saya tidak lagi bersamanya. Mungkin untuk tempoh sekarang atau selamanya,” tulisnya.
Lalu, pertanyaan berkaitan mengenai hubungan mereka berdua turut ditanya dan cuba dijawab dengan penuh profesional oleh pelakon ini.
Pada masa sama, ada juga yang memuji caranya dalam menangani masalah cinta yang berlaku antara mereka.
Terdahulu, hubungan cinta di antara keduanya sudah pun terjalin lebih empat tahun lalu, sebelum Fazreen menyertai pencarian Dewi Remaja lagi.
Foto: Instagram Fazreen Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sah! Zul Ariffin Umum Nikah Wanita Non-Muslim Tahun Depan, Persiapan Lebih 70 Peratus

Pelakon Zul Ariffin mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang masih dirahsiakan tahun hadapan.
Sudah melalui pelbagai perkara dalam kehidupannya, aktor bertubuh saaa ini juga kini lebih senang untuk bercinta selepas bernikah selepas ini.
“Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.
“Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan.
“Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.
“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai persiapan kahwinnya pula, Zul mengakui semuanya sudah pun dilakukanz
“Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan.,” katanya.
Enggan mendedahkan identiti individu bertuah itu, Zul hanya memberitahu yang bakal isterinya merupakan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.
“Saya tak nak menukar agama seseorang itu hanya kerana ingin bersama semata-mata atau hanya disebabkan perkahwinan, itu adalah perkara yang tidak baik. Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali agama Islam,” katanya lagi.
Zul ditemui di majlis tayangan perdana filem Sangkar di e@Curve, Damansara malam tadi.
Dalam pada itu, Zul berharap agar filem ini dapat sambutan yang menggalakkan.
“Rasa berdebar menanti sambutan peminat itu ada kerana sebelum ini filem yang saya bintangi sering mendapat respon positif.
“Saya berharap lakonan yang saya persembahkan dalam Sangkar dapat mempengaruhi orang ramai untuk bertandang ke pawagam,” katanya lagi.
Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era, Fadlan Hazim, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Sangkar bakal muncul di pawagam pada 29 Ogos ini di seluruh Malaysia.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI