Berang disindir dalam satu program rancangan realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua wanita dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak di sebuah restoran di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian melibatkan isteri pertama dan kedua jurulatih bola sepak tersebut.
“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen.
“Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin, petik Sinar Harian
Ads
Beliau berkata, turut berlaku kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua individu terbabit.
“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.
Ads
Pada Isnin, suasana sebuah restoran di sini gempar apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi itu bagaimanapun dileraikan orang ramai yang berada di restoran tersebut.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya juga tidak dapat lari daripada masalah tekanan atau keresahan seiring dengan pertambahan usia.
Menurut pelakon yang kini meniti usia 41 tahun itu, dia menjadi tertekan apabila terlalu memikirkan perkara yang berada di luar kawalannya.
Jangan Biarkan Emosi ‘Makan Diri’ – Nora Danish
Malah akui Nora, tidak salah untuk seseorang itu berasa sedih namun, ia tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan hingga makan diri.
“Bagi saya, ada kalanya saya tertekan bila memikirkan soal kerjaya. Masa saya muda, saya selalu bayangkan pada umur 41 tahun, saya akan mencapai pelbagai perkara.
“Bila tak dapat, saya jadi tertekan dan keresahan. Tapi saya cepat-cepat alihkan gangguan tersebut kepada perkara lain.
“Kita boleh sahaja nak bersedih tapi mesti ada jangka masanya. Sehari dua rasanya sudah cukup. Tak perlu terbawa-bawa sampai lama sangat.
”Kita kena selalu cakap dengan diri, ‘kita akan okay’ dan cuba cari jalan untuk selesaikan masalah itu. Kebanyakan orang mungkin dia akan putus asa. Putus asa ni boleh buatkan seluruh anggota badan kita ‘shut down’.
”Jangan guna perkataan give up. Bila dengan anak-anak pun saya elakkan guna ayat sedemikian,” katanya kepada NONA.
Tambahnya lagi, dia tidak berjumpa dengan pakar kesihatan, sebaliknya hanya membuat carian di Internet untuk meredakan keresahan yang dihidapinya itu.
Umur Meningkat Buat Nora Rasa Semakin Hampir gan Kematian!
“Bila dah berumur ini, saya jadi lebih takut kepada kematian. Rawatan tak ada sangat tapi saya lebih banyak kepada membaca. Sekarang ini, di media sosial dah banyak orang berkongsi kata-kata motivasi. Jadi, saya selalu tengok dan baca.
“Punca anxiety bukan disebabkan netizen tetapi lebih kepada kalau saya naik kapal terbang, saya akan banyak fikir (terhempas). Saya seorang yang emosional, sangat sensitif.
“Dua perkara ini boleh menjadi faktor saya berfikir berlebihan. Selalunya persepsi kita, bila terlalu fikirkan sesuatu, mesti kita ingatkan benda-benda keburukan.
“Tapi saya akan cepat-cepat salurkan fikiran itu sebagai ‘super power’ saya. Orang lain tak ada, tapi saya ada. Bukan apa, terlalu banyak berfikir ini bukan saja menyakiti hati saya saja, malah turut melukai orang yang berada di sekeliling,” katanya lagi.
Dia pada masa menambah, setiap kali perlu menaiki kapal terbang, dia pasti akan menghubungi ibunya untuk berpesan mengenai harta peribadi.
“Saya akan buat wasiat dan apa yang patutlah. Telefon mak saya dah beritahu harta saya dekat sini dan semualah. Tapi itulah, lama-lama saya sendiri kena ‘push’ diri.
“Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan yang agak lama dan tidak boleh ke mana-mana, anxiety jadi semakin sebati dalam diri saya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Beralih bidang dari nyanyian ke dunia lakonan, Ebi Kornelis bangga kerana terpilih memegang watak utama dalam filem Misi Operasi X (MOX) arahan Datuk Zulkeflie M.Osman.
Bagaimanapun menerusi filem bergenre aksi itu, Naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dilihat banyak memaparkan aksi ‘tayang’ badan.
Ditanya mengenai perkara tersebut, lelaki ini ada jawapannya sendiri.
“Saya sebagai seorang pelakon sahaja, selebihnya saya ikut arahan pengarah yang mahu menjayakan filem ini.
“Saya hanya hormat naskah itu dan tiada niat lain mahu menayang badan sasa,” katanya kepada MH.
Tahniah diucapkan buat kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini atas kejayaan mereka muncul sebagai juara pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Mereka menewaskan empat finalis lain iaitu BORO yang dianggotai oleh Achey, Atu dan Fad), PUTEH (Mamak, Vicha dan Ali), TOBAT (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif) dan BAHYE (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic).
Dengan kemenangan TIRO membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 dan sebuah trofi.
Tempat kedua menjadi milik kumpulan PUTEH yang membawa pulang RM250,000 dan sebuah trofi dan BORO ketiga, membawa pulang hadiah kemenangan RM150,000 dan sebuah trofi.
Manakala di tempat keempat ialah milik kumpulan BAHYE yang membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi dan TOBAT dengan hadiah kemenangan RM15,000 beserta sebuah trofi di kedudukan terakhir.
Pada pentas akhir kali ini bertemakan Muzikal dan Bebas itu dan kesemua peserta perlu membuat dua tugasan.
Persembahan dinilai berdasarkan format penjurian 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton di laman web.
Juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.
Program yang ditayangkan di saluran Astro Warna (132) sejak 15 Oktober lalu dan bersiaran selama 10 minggu dihoskan oleh pengacara Datuk AC Mizal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea, Kim Soo-hyun akhirnya tampil bersuara selepas dihimpit pelbagai spekulasi panas melibatkan dirinya dan mendiang Kim Sae-ron.Dalam satu sidang media yang berlangsung...