Penyanyi, Ernie Zakri mengakui tempoh masa lapan tahun berada dalam industri banyak memberikan pengajaran buatnya.

Katanya, jika dahulu dia mempunyai pendekatan berbeza apabila berdepan dengan masalah, kini penyanyi lagu Misteri itu lebih matang dan bijak mengangani sesuatu.

“Pada Ernie tempoh yang lama dalam industri membuatkan saya lebih kuat. Kalau dulu saya akan masuk dalam bilik menangis, tapi sekarang mungkin akan menangis tapi sekejap lepas tu keluar dan hadapinya.

“Ernie lebih mengamalkan konsep ‘get out and move on’ dan ambil sesuatu itu dari sudut positif. Tak semuanya indah dalam industri ini dan untuk survive kena bijak dari segi strategi dan ‘direction’,” katanya kepada MH.

Ernie berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Ku Bersuara di Pintu, Old Malaya, pada Rabu.

Ads

“Berani Bersuara, Kata Tidak Bukanlah Bermaksud Diva,” – Ernie Zakri Pernah Masuk Bilik, Menangis. Tapi Kini…

Tambahnya lagi, oleh kerana dia kini lebih tegas dalam menentukan hala tujunya sebagai seorang penyanyi, ada pula yang menganggap dia kini bersikap diva.

Ads

“Sebenarnya, saya baru sahaja mendapat keyakinan untuk berkata tidak, bukan nak kata diva tapi cuma timbul keberanian sebab saya baru nampak jalan untuk saya terus berada dalam industri ini.

“Pada saya, ada caranya untuk berkata tidak, bila saya ingin menolak sesuatu perkara itu, saya kan cakap baik-baik supaya orang akan rasa selesa.

Ads

“Bukannya saya kata ‘no’ terus, kalau itu iyalah diva cuma saya akan bagitahu dengan baik apa pendapat saya. Dah berani bersuara bukanlah bermaksud diva cuma mempertahankan apa yang saya suka,” katanya lagi.

Ku Bersuara menemui peminat pada 7 Disember lalu manakala MVnya baru dilancarkan hari ini jam 5 petang. Turut kelihatan dalam MV tersebut adalah pelakon, Que Haidar.

Lagu tersebut digubah dan ditulis oleh Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Foto/Instagram: Ernie Zakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI