Baru sahaja memuat naik video terjunan bebas di laman Instagram, Mira Filzah dilihat cukup berani apabila membuat terjunan daripada ketinggian 15,000 kaki dan 60 saat terjun bebas.
Kongsinya, inilah pengalaman terbaik yang pernah diterokai. Dan pastinya akan ada lebih banyak penerokaan selepas ini.
“I’m shining solo!
“Tandem 15,000 ft, and 60 seconds freefall. The best feeling ever! ? This is the first, definitely not the last one. More jumps after this!”
tulisnya di ruangan kapsyen diiringi lagu latar, Solo nyanyian Jennie.Mira pada tandapagar juga menulis impiannya selepas ini iaitu mengambil lessen menyelam.
Seperti biasa, netizen pantas membawang mengatakan mengapa perlu bersinar seorang jika boleh berdua?
Namun, sesuatu yang menyenangkan apabila melihat pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu memilih jurulatih wanita untuk bersama mengemudi terjunannya dari udara.
Foto – Instagram Mira Filzah