Akui pernah ‘ganggu’ kru dan pelakon walau pada jam 2.00 pagi selain sering menukar jalan cerita pada akhir waktu sehingga digelar ‘produser gila’ Datuk Rafiena Ezanee Ramli, akui sifat tersebut tidak lagi menjadi rutin dalam cara kerjanya.
Malah, penerbit dan pelakon ini juga mendedahkan, sikap tersebut telah banyak berkurang berbanding sebelum ini.
Jelasnya, perkara itu boleh terjadi kerana ada ketika idea hanya datang pada waktu malam secara tiba-tiba.
Katanya, hanya ketika itu dia bebas berkarya tanpa gangguan.
“Memang betul ada yang tidak dan boleh boleh ikut cara kerja saya. Selagi belum pukul 2.00 pagi, saya tidak akan balik. Berani kerja dengan saya?
Ads
“Selalunya idea akan datang pada waktu malam dan pada waktu itu otak saya aktif berfikir. Lalu apabila idea muncul, saya kena terus mula mencatat dan kembangkannya pada waktu itu juga,” akui Rafiena.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Tayangan Khas Drama Syurgaku Sempurna 2 yang ditayangkan di Unifi TV di TGV KLCC, pada Rabu.
Mengakui kerap kali ‘menceroboh’ ruang pengarah dalam berkarya, Rafiena turut menjelaskan kedatangannya ke lokasi adalah bagi memastikan semua babak berjalan seperti yang dirancang.
Ads
Malah, ada ketikanya dia mahu menyuntik elemen kejutan pada babak tertentu dan dirasakan perlu hasil perbincangan semua pihak.
“Memang saya akan turun ke lokasi untuk melihat sendiri proses penggambaran. Ini kerana, ada kalanya apabila hasil yang datang tidak seperti yang diharapkan, saya akan minta pengarah untuk cantikkkan lagi babak tersebut.
“Misalnya, menerusi drama Syurgaku Tak Sempurna 2 ini, ia terlalu banyak twist, jadi saya harus teliti dan penonton tidak dapat menjangka apa akan berlaku seterusnya.
Ads
“Jadi pengarah harus buat seperti yang dimahukan. Namun saya tetap hormat pandangan pengarah dan perbincangan adalah yang terbaik,” tegasnya lagi.
Drama 30 episod terbitan Darkwave Pictures ini dibintangi Raja Ilya, Shah Iskandar, Haliza Misbun, Datuk Eizlan Yusoff dan Datuk Mustapha Kamal.
Bersiaran menerusi HyppSensasi saluran 116 (Unifi TV), Rafiena turut gembira kerana sambutannya cukup positif selain mendapat tontonan yang tinggi di kalangan pencinta drama lokal.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Scha Alyahya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali sebagai Endometriosis di sebuah pusat perubatan, Khamis lalu.
Memetik Harian Metro, ia merupakan pengalaman kedua dan kali pertama bintang Racun Suami Jahanam ini menjalani pembedahan sama adalah kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu sebelum disahkan hamil anak sulungnya, Lara Alana.
Lega kerana semuanya berjalan lancar, Scha seperti yang dipetik turut memasang harap agar keinginan untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.
Jelasnya lagi, apa yang berlaku sebagai antara penyebab yang menyukarkan dirinya untuk hamil lagi.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua.
”Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” tambah Scha.
Untuk rekod, Scha mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang puteri, Lara Alana yang kini mencecah usia enam tahun.
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro Raqim Ahmad memberikan penjelasan berhubung kejutan lamaran yang telah dilakukan pelakon Kamal Adli buat Uqasha Senrose di Anugerah MeleTop Era 2020 (AME2020), semalam.
Jelasnya, perkara tersebut dibuat hasil perbincangan oleh kedua-dua belah pihak selain restu ahli keluarga masing-masing.
“Saya tidak boleh memberikan komen bagi pihak mereka secara terperinci. Akan tetapi apa yang boleh saya kongsi adalah, kedua-duanya sudah pun berbincang dengan ahli keluarga masing-masing terlebih dahulu.
“Itulah perkara yang paling penting apabila mereka menyatakan hasrat melakukan lamaran tersebut. Paling penting dapatkan dahulu restu ahli keluarga.
“Jadi apabila Kamal bertanya platform sesuai untuk berkongsi tentang hubungan mereka ke arah yang lebih serius dan kami bercadang mengapa tidak di AME yang akan datang, di situ plaftorm yang boleh berkongsi berita itu bersama peminat,” katanya.
Ditanya masa ada kejutan lamaran selebriti popular tersebut akan menjejaskan tumpuan peminat terhadap barisan pemenang tahun ini, Raqim berkata setiap daripada mereka sudah memiliki peminat tersendiri.
“Semua pemenang kali ini mempunyai kekuatan masing-masing memandangkan mereka juga mempunyai kelompok peminat yang sedia kuat.
“Kalau tidak, masakan Siti Nordiana dan Khai Bahar berjaya ungguli trofi masing-masing untuk tahun kedua berturut-turut. Begitu juga dengan Haqiem Rusli yang dilihat masih berjaya mengekalkan popularitinya.
“Jadi saya tidak merasakan tumpuan terhadap barisan pemenang akan tenggelam kerana beberapa kejutan yang berlaku di AME tahun ini.
“Cuma mungkin kepada AME itu sendiri, ia memberi impak yang berlainab untuk tahun ini,” katanya.
Selain kejutan lamaran itu, AME2020 untuk menjadi saksi pertemuan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dan sutradara, Michael Ang yang masing-masing tampil bersua muka dan memohon maaf secara terbuka berhubung isu panas mereka sebelum ini.
Foto: Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat aktres, Datin Seri Umie Aida yang telah pun selamat menerima kehadiran menantu pertama apabila anak sulung, Danial Firdaus telah pun melangsungkan majlis pernikahan bersama gadis pilihannya, Hanis Zahira, hari ini.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bergelar suami isteri.
Majlis pernikahan diadakan secara sederhana di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai, Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan pekakon filem Dukun itu menerusi satu hantaran video pernikahan yang dikongsikan di Instagram.
Sehinggga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 64,000 kali.
Sementara itu, beberapa momen sekitar turut dikongsikan adiknya, Betty Rahman di Insta Stories.
“Alhamdulillah syukur, tahniah,” ucapnya buat anak angkat pertamanya itu menerusi satu video pendek di Insta Stories yang dirakam bersama Erma Fatima dan Betty Rahmad.
Terdahulu, Danial dan Hanis mengikat tali pertunangan Jun lalu.
Selain Danial, Umie mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhilmi dan Nur Aisya berusia setahun.
Foto: Instagram Umie Aida, Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan ulang tahun ke-24 usianya menjadi titik perubahan besar bagi pemegang takhta Miss World Somalia 2021 dan Miss Universe Somalia 2024, Khadija Omar, yang...