Yatt Hamzah ada berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan anak sulungya, Suci Hanania Malika yang sedang ‘bermain’ dengan seekor ular sawa jenis Ball Python.
Klip berkenaan dikongsikan pelakon itu di Instagram hari ini.
Sambil menyifatkan anak gadisnya yang disapa Nia ini mempunyai minat sama terhadap haiwan eksotik, Yatt turut mendedahkan suatu ketika dulu dia pernah membela haiwan sedemikian.
“Anak Sulong Si Kakak Nia ni mmg ikot Bonda sgt. Langsung x takut dg Ular & Iguana. Dulu masa dia kecil Bonda ada bela ular & iguana.
“Dia cium2nya je haiwan2 tu. Dlm video ni dia siap nak gigit lg Ular Sawa pendek (Ball Python) tu.
“Skrg Bonda dah x bela semua haiwan eksotik ni. Dulu mula bela masa zaman bujang lg. Mmg suka sgt pd Ular, Iguana Tarantula etc .Ni dah byk anak, Bela anak jelah.. Tu pun nak pengsan dah ni.
“Tengok Kak Nia tu.. Comel sgt masa ni.. 3-4 tahun masa ni.. Rindu dia masa kecil.. Skrg dah mcm anak dara dah. CUBA DENGAR BETUL2 APA KAK NIA CAKAP TU???,” tulisnya pada hantar video yang dimuat naik.
Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 10,000 kali.
Untuk rekod, Nia ialah anaknya hasil perkahwinan terdahulu Yatt bersama Abdul Mutalib Shukor.
Terkini, Yatt baru saja selamat melahirkan cahaya mata keempatnya, Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember tahun lalu hasil perkongsian hidup dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin yang dikahwininya pada Februari 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Suci Humaira Iqlima dan Suci Hayfa Medina.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI