Tiz Zaqyah meluahkan rasa kecewa selepas mendedahkan dirinya ada menerima gambar-gambar lucah di ruangan direct message (DM) Instagram.
Menurut Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, perkara sedemikian dilihat seperti tiada pengakhirannya walaupun sudah berkali-kali menyekat akaun individu-individu berkenaan.
“Aku tak tahulah fake account ke apa. Ramai banyak sangat orang macam ni. Kau bayangkan anak buah kau ke? Adik kau ke? Anak sendiri ke? Macam ni dah banyak kali. Kau diam je ke.
“Persoalannya kalau kita block, kita report lepas tu? Diorang ni hidup senang macam biasa? Oh macam tu? Agak-agaklah.
“Aku minta maaf post gambar tu, aku nak korang rasa apa aku dan ramai lagi perempuan dekat luar sana rasa,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Nur Kasih itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelas Tiz lagi, dia berasa amat kurang senang melihat individu-individu berkenaan terus melakukan perkara terkutuk itu kerana sehingga kini masih tiada sebarang tindakan tegas yang diambil oleh pihak berwajib.
“Bukannya setahun dua di media sosial dan berapa lama lagi kita hanya mampu menyekat akaun sebegini dan berharap tiada perkara buruk terjadi pada hari mendatang?
“Kenapa perempuan selalu kena berdepan perkara menjijikkan ini manakala pelakunya diam dan hidup bersenang-lenang ibaratnya mereka berhak?
“Aku pun taknak kecoh-kecoh, tapi berapa lama lagi kena hadap benda macam ni? Senangnya hidup kau,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Tiz turut mendedahkan dia juga pernah berdepan dengan masalah ganguan seksual ketika di lokasi pengambaran sehingga individu tersebut terpaksa dibuang kerja.
“Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab ada dalam bilik menyorok masa artis tukar baju.
“Nasib baik tak kena kepala paip kat kepala. Habis tu?
“Dorang kat media sosial ni? Seronok sangat, semua lepas. Naik kepalalah kan,” akhirnya.
Sumber: Instagram Tiz Zaqyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI