Sejak semalam, nama pempengaruh terkenal, Khairul Aming menjadi bualan hangat netizen selepas tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan telatah mesranya bersama seorang wanita di sebuah kedai kopi.
Video tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak sehingga meraih lebih satu juta tontonan.
Malah, meninjau di ruangan komen, segelintir netizen dilihat seakan patah hati selepas menonton video berkenaan.
Terbaru, menerusi satu ciapan di Twitter pada Selasa, Khairul Aming menjelaskan wanita berkenaan bukanlah teman istimewa seperti yang didakwa sebaliknya hanyalah seorang peminat yang mengajaknya untuk sama-sama membuat konten di Tik Tok.
aduh jauh twist ni 🤣🤣 aku kat starbucks la beli air, adik ni datang “bang cuba abg dengar lagu afghan ni boleh tak kita buat tiktok lagu ni”. Me : “alamak saya tak hafal lagu ni”
“Aduh jauh twist ni. Aku dekat Starbucks la beli air, adik ni datang ‘Bang cuba abang dengar lagu Afghan ni boleh tak kita buat tiktok lagu ni’.
Ads
“Me : ‘Alamak saya tak hafal lagu ni.’ Lepas tu kawan dia record dari belakang hahaha,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar penjelasan tersebut malah ada juga yang meluahkan rasa lega.
“Cannot imagine berapa ramai nangis time raya ni sebab hang ming.
Ads
“Tapi pandangan penuh rasa cinta, mana la netizen tak buat cerita.
“Jauh plot twist dia. Okay korang yang mana patah hati tadi tu, boleh sambung masak balik.
“Mana lah orang tak salah faham bang. Baju kau dengan dia kebetulan lebih kurang sama warna.
Ads
“Ok boleh la sambung beraya dengan happy dari semalam saya diet memikirkan. Selamat hari raya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman merupakan pempengaruh yang terkenal dengan pembikinan konten memasak terutamanya disepanjang bulan Ramadan sejak enam tahun yang lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Twitter Khairulaming & Tik Tok Amira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa syukurnya apabila anak sulungnya,Danish Hakim menjadi Imam Terawih buat pertama kalinya.
Berita gembira itu dikongsikan Norman menerusi Instagram miliknya.
“Bersama sebahagian drpd warga Darul Ilmi selesai Isyak & Terawih
“Hari penting dalam hidup saya & of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP
“Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak utk saya berada di venue ke-2 utk bagi support pada Danish.Mmg dia tak tahu yg saya akan datang & saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sbb jarak antara kedua2 tempat agak jauh
“Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun & happy sgt bila saya senyum dibelakang dia.
“Lepas selesai dia tanya “mcmana papa boleh sampai & boleh tahu abg kat sini?” Saya jawab “U are my world and i’ll be there for you especially on yr important day” (mudir & tenaga pengajar dia adalah bff saya,dah tentu setiap saat perangai & pergerakan dia akan sentiasa sampai pd saya.Dia tak tahu yg tu🤪)
“Alhamdulillah syukur,tak pernah dalam jangkauan akal yg zuriat sendiri akan mengimamkan terawih.Hadiah nan Agung dari Allah s.w.t, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka,mungkin di dalam Lailatulqadar tahun2 sebelumnya wallahualam
“Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku utk semua kurniaanMu🥺Tapi Kau tahu Aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu,” tulisnya penuh kesyukuran.
Walau apa yang berlaku, sambutan Aidilfitri harus disambut bersama keluarga, walaupun sudah mati.
Filem pendek, Kuih Bangkit lakonan Juara Anak Wayang, Hairi Safwan ini mendapat tontonan hampir 500,000 kali dengan 12,000 perkongsian di laman Facebook.
Disifatkan sebagai iklan raya paling seram, nyata jalan cerita yang cukup unik dan menakutkan.
Malah, dalam sisi berbeza, ia seakan memberi satu dimensi berbeza terhadap sambutan Aidilfitri di negara ini.
Lari daripada klise, netizen menerusi ruang komen meminta agar filem pendek ini digarap menjadi sebuah filem, atas faktor keunikannya itu.
Namun ada juga yang menyelar idea luar kotak ini dan menyifatkan ini bukanlah jenis perayaan yang harus ditonjolkan kepada penonton.
Bahkan ada yang beranggapan ia hanya akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat luar.
Walau apapun, Kuih Bangkit merupakan satu karya yang punya nilai tersendiri dan cukup segar, bergantung kepada pandangan masing-masing.
Foto : Instagram Hairi Safwan, Facebook Marhaen TV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari yang sebelum ini pernah mencetuskan viral selepas memuat naik video ‘renjis’ air pada kereta baru yang dibelinya pada majlis doa selamat memilih untuk tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Menurut usahawanita asal Sabah yang mesra disapa Bell ini, dia sedar pelbagai reaksi telah dilemparkan dan dia memohon maaf.
“Takkan belum habis lagi cerita ‘renjis’ air di kereta itu. Sana sini komen sampai di pelbagai kumpulan sembang di Facebook. Hingga ada yang cakap ia amalan syikin… bidaah.
“Saya memahami apa yang dipaparkan dalam video itu mengundang kecaman dan jatuh salah untuk segelintir orang. Saya bagaimanapun memohon maaf kerana tak berniat apa-apa. Saya akui jahil ilmu agama.
“Tujuan buat begitupun kerana air yang disiram hasil bacaan, doa dan selawat dari seorang ustaz. Ia bersempena dapat kereta baharu. Ini kereta kereta lama saya berdepan kemalangan sebelum ini. Saya menyiram air sebenarnya bukan merenjis,” katanya.
Tambah Sis Bell lagi, dia tidak mengambil hati mana-mana komen yang mengguris hati atau disifatkan kasar.
“Lagipun kita sudah nak puasa dan sambut raya. Salam perkenalan daripada saya. Mana tahu, terjumpa mana-mana kita boleh jadi kawan atau ejen. Boleh juga saya berikan hadiah,” katanya lagi.
Terdahulu, video ‘merenjis’ air pada kereta mewah yang dikongsikan di TikTok dan Instagram yang sudah ditonton ratusan ribu kali itu ditempelak seolah-olah ia amalan bidaah oleh segelintir netizen.
Dalam pada itu, Bell, 33, tidak mahu memandang ke belakang sebaliknya optimis untuk menggegarkan Borneo khsusnya dan membangkitkan semangat berniaga menerusi rangkaian jenamanya lebih penting berbanding hal lain.
Malah, Sis Bell juga mahu menepis wujudnya situasi pengasas atau pemilik produk ‘memijak’ ejen demi kaya seorang diri.
“Tiada istilah saya ‘pijak’ ejen untuk hidup kaya. Atau wujud senario ejen yang selama ini memberi kekayaan kepada saya. Tapi saya mahu buktikan, jika boleh kaya beramai-ramai atau ‘berjemaah’ kenapa perlu kaya sendirian.
“Malah, saya sama sekali mahu membangkitkan semangat semua orang Borneo untuk berusaha ke arah kehidupan yang selesa. Saya mahu memimpin tangan untuk berjaya dan kaya sama-sama,” katanya.
Dia pada masa sama bersyukur atas apa yang dilakukan memberikan peluang rezeki dan manfaat kepada orang lain.
“Ada ‘reseller’ yang dulu tinggal atas jambatan, tapi sekarang sudah mampu memiliki tanah dan membangunkan rumah. Ada ejen yang tak tahu membaca dan menulis selain tak pandai guna media sosial, kini hidup berjaya dengan bantuan kami.
“Jadi saya tekankan, memang tak ada istilah saya kaya seorang diri. Selagi boleh bantu, saya tidak akan lokek berkongsi rezeki dan nikmat. Bahkan staf dan ejen umpama keluarga baharu saya. Impian dan kejayaan mereka, nikmat terindah buat saya.
“Tahun lalu ada ejen saya berjaya capai RM2.8 juta jualan setahun. Malah tahun lalu ada lima ejen saya dapat jualan RM1 juta setahun. Empat daripada mereka perempuan dan seorang lelaki. Tahun ini saya sasar mahu 15 ejen pula dapat sasaran sejuta setahun ,” katanya.
Kata Sis Bell, melihat kejayaan ejen selama ini umpama mengimbas kembali usahanya sekitar 9 tahun lalu membangunkan Beautyspells menerusi rangkaian produk losyen pemutih kulit.
“Saya bermula dari zero. Dulu ‘pejabat kecil’ hanya bertemankan meja makan dan tanpa staf. Saya juga berusaha tanpa disaksikan ibu bapa kerana yatim piatu. Saya bangkit tanpa bimbingan sesiapa.
“Sebab itu usaha membantu ejen saya kira seperti melihat diri sendiri sewaktu dulu. Bantuan dan bimbingan saya hulurkan mungkin tidak sebesar mana. Tapi bagi ejen, sangat besar dan bernilai.
“Ada yang selama ini nak beli beras tak mampu, banyak berhutang, gaji suami tak cukup. Anak minta beli ayam goreng (KFC) pun tak mampu. Tapi kini, semua senario dan hidup dalam ‘kegelapan’ itu mampu diatasi. Bersama empayar niaga saya, ia seperti memberi sinar harapan buat ramai orang,” katanya.
Dalam masa sama, jenama ini buat kali kedua akan menganjurkan Beautyspells Success Night di tiga lokasi dan tarikh berbeza yang menelan kos RM1.2 juta.
“Saya buat di tiga lokasi berbeza ini bagi memudahkan ejen yang datang dari latar belakang berbeza. Ada yang kali pertama nak masuk hotel dan beli tiket penerbangan.
“400 penerima (ejen) akan diraikan dan menerima ganjaran emas berjumlah keseluruhan RM380,000 serta wang tunai RM510,000 yang dihias dalam bentuk jambangan bunga. Ia jambangan bunga wang betul dan bukan palsu seperti digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.
Tahun ini, jenama berkenaan turut optimis mensasarkan untuk menjual 500,000 unit losyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...