Berat 3.12 Kg & Tiada Kuning, Ini update Bayi Sulung Madammu

Share

Selepas hampir lapan tahun menanti, akhirnya, usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat.

Khabar gembira itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran video di aplikasi Tik Tok.

“Alhamdulillah, Baby A selamat dilahirkan di hari Jumaat yang penuh barakah. Syukur,” tertera kapsyen pada hantaran di TikTok usahawan berkenaan.

Sementara itu, menerusi sebuah hantaran video daripada seorang individu yang difahamkan merupakan rakan niaga kepada Madammu, Eza Nuraiena memaklumkan Baby A yang dilahirkan seberat 3.12kg itu kini berada dalam keadaan yang sihat.

@ezanuraiena Baby A 👶🏻 #DiariMadammu #Madammu #Noir ♬ original sound – Eza Nuraiena | NOIR

“Alhamdulillah, Madammu dan Baby A dalam keadaan sihat. Urusan bersalin Baby A sangat dipermudahkan. Madammu cuma ambil masa 45 minit dalam bilik bedah.

“Baby yang sangat sihat. Dengan berat 3.12kg. Masuk hari ketiga, doktor bagitahu tiada kuning dengan bacaan sangat rendah 118. Alhamdulillah,” kongsinya.

Madammu yang menjalani rawatan kesuburan Persenyawaan In-Vitro (IVF) untuk cahaya mata sulungnya bersama suami memilih tarikh indah 9 Jun 2023, untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Bagaimanapun, usahawan kelahiran Terengganu ini dilihat masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipangil Baby A itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Madammu dan Baby A sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, tahniah Madammu dan selamat berpantang.

“Tahniah. Turut tumpang gembira untuk awak. Allah maha pengasih dan penyayang.

“Tahniah. Mesti comel sangat macam mama dan papa dia.

“Alhamdulilah Maddamy selamat melahirkan Baby A. Tak kisahlah jantina apapun, yang penting Madammu dan Baby sihat. Semoga dipermudahkan urusan berpantang,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu Madammu dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban.

Sekadar informasi, Madammu dan suaminya, Muhammad Azri Che Noh telah mendirikan rumah tangga pada 2015.

Azri merupakan seorang duda anak tiga yang sudah kematian isteri.

Sehingga kini, video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok itu telah pun meraih hampir 2.4 juta tontonan.

 

Published by
Aizam Manaf