Berita

“Berat Badan Kurang, Air Ketuban Terlebih…,” – Alami Pelbagai Komplikasi, Ujian Tom Sebelum Bersalin Anak Keempat

Share

Penyanyi Tom sudah pun berada di hospital sebagai persediaan melahirkan anak keempat.

Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada petang Khamis susulan kandungannya yang mengalami pelbagai komplikasi.

Malah perkara sama turut diluahkan Tom menerusi satu status yang dikongsikan di Insta Stories.

“Yang tanya Tom, apa komplikasi Tom sekarang ini… Gestational diabetes mellitus (GDM) tinggi, hemoglobin (hb) rendah, berat badan kurang, ketuban terlebih. Baby (berat) 3.5 to 4 kilogram.

“Mula-mula doktor nak czer (kaedah pembedahan). Tapi dah bincang betul-betul tadi dengan doktor, esok try induse kot boleh (bersalin) normal. Kalau tak boleh juga, doktor nak czer,” kongsinya.

Tom pada masa sama turut mendoakan yang terbaik.

“Banyak betul komplikasi kali ini. Mengandung dari awal check up ada je problem. Semoga anakku akan dilahirkan dengan baik dan sempurna esok, amin,” titipnya.

Menerusi paparan lain di Insta Stories, Tom turut memuat naik momen di hospital di samping suami, penyanyi Fuad Rahman.

Sebagai info, Tom mendirikan rumah tangga dengan Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 45, pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Tom sebelum ini pernah berkahwin tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia turut mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Sementara Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH