Pelakon Izreen Azminda berkongsi dia kini berdepan situasi sukar untuk tidur di waktu malam, lebih-lebih lagi ketika sedang meniti hari untuk bersalin anak ketiga tidak lama lagi.
Pekara tersebut dimaklumkan menerusi salah satu hantaran di Instagram selain turut mendedahkan, beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).
“Dah hujung2 ni (fasa kehamilan) mmg semua mommies ada masalah tdoq ka.. kami susah sungguh nk tdoq lately ni.. kalau tdoq pun tdoq2 ayam ja.
“Pusing sana tak kena sini tak kena..mkn pun dah kurang.. eceh… padahai dah 80kg lebih ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, ada di antara pengikutnya yang turut sama berkongsikan pengalaman.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.
Terdahulu Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.
Foto: Instagram Izreen Azminda