Berita

“Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Dipikul,” – Nora Danish Harap Bella Astillah Terus Kuat

Share

Pelakon Nora Danish menitipkan ucapan buat rakan artis, Bella Astilah yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menerusi Insta Stories, Nora turut meminta agar Bella banyakkan rehat dan terus kuat dalam menempuhi ujian.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. We are so proud of you adik, you are beautiful inside and out.

“Take it easy on yourself okay, have a good rest and stay strong my love. We got you,” tulisnya ringkas.

Menerusi hantaran sama, Nora turut berkongsi video temu bual Bella bersama pihak media di perkarangan mahkamah.

Terdahulu, Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui, dia nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.

Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding tersebut susulan mempunyai komitmen penggambaran.

“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bella.

Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.

“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH