“Sejujurnya ibu Puteri pernah DM saya, tetapi waktu itu saya tidak perasan.” Itu perkongsian usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkesempatan bertemu secara empat mata dengan Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Pertemuan berkenaan diadakan di kediaman mewah penyanyi Abang Nak Tegur itu di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Terkesan dengan keperitan hidup mereka yang kini tular, Aliff Syukri berkongsi rasa di IG TV miliknya.

“Abang sedih dengan apa yang berlaku dan abang tak nak salahkan sesiapa. Abang percaya berat lagi mata Memandang berat lagi bahu yang memikulnya, abang cuba bantu yang mana yang termampu.

”Cuba korang komen kat bawah apa patut abang lakukan lagi untuk mengubati sakit Puteri?

IKLAN

”Abang begitu sedih kalau nak tahu kisah selanjutnya korang pergi sahaja dekat YouTube TV Telajak laris abang dah posting di sana,” antara kata yang ditulis Aliff di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Aliff turut mendedahkan ibu kepada bintang muda itu pernah menghubunginya lebih tiga tahun lalu bagi bertanya andai ada kekosongan kerja.

IKLAN

“Yang buka teks itu pembantu saya. Katanya, ada tak job yang boleh saya buat kerja. Sedih saya dengar ceritanya ini. Saya minta maaflah ya,” pinta Aliff.

“Waktu itu keadaan Puteri dalam keadaan yang sangat teruk,” jelas Norashikin.

IKLAN

Terdahulu, kisah hidup pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia 2014 di Anugerah Televisyen Asia itu bersama ibunya, mendapat perhatian apabila kisah mereka disiarkan dalam Bersamamu di TV3, Ahad lalu.

Berikutan kesempitan hidup, mereka mulai menjual buku puisi nukilan Balqis, 38 Poems Of Puteri Balqis.

Perkongsian penuhnya boleh ditonton menerusi saluran YouTube usahawan berkenaan dan hingga kini, IG TV terbabit sudah pun mendapat tontonan lebih 200,000 kali.

https://www.instagram.com/p/B7WCuNZpmhd/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI