Berat Pernah Cecah 66kg Saat Anak Berusia 4 Bulan, Akhirnya Lisa Surihani Berjaya Hilang 17kg Bila Amal 6 Tips Ini

Share

Bagi wanita selepas bersalin, berat badan yang bertambah semasa hamil pasti menjadi suatu pengalaman yang kurang menyeronokkan. Lalu, perkongsian dari pelakon cantik, Lisa Surihani ini mungkin boleh berikan manfaat.

Nak tahu apa yang isteri kepada Yusry Abdul Halim ini lakukan? Ini dia 6 tips mudah!

1. Ambil beras herba poni atau beras khas untuk pesakit, tak kisah jenama apa sekalipun.

2. Elakkan mengambil makanan atau minuman bergula termasuk kordial, minuman bergas atau minuman yang ditambah gula. Lebih baik, cuba amal teh atau kopi tanpa gula.

3. Lakukan intermittent fasting.

4. Lakukan senaman.

5. Dapatkan tidur yang cukup.

6. Minum air putih dalam kuantiti yang banyak.

Lebih menarik, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini juga mendedahkan, berat badannya pernah naik mendadak kepada 66kg selepas bersalinkan anak keduanya, Yusof Leonne ketika berusia 4 bulan.

Bagaimanapun, selepas Yusof mencecah 1 tahun, beratnya kembali menurun kepada 53kg.

Kini anak lelakinya itu telah pun berusia 1 tahun 7 bulan, Lisa berat Lisa sudah berjaya dikurangkan sebanyak 17kg kepada 49kg.

Di ruangan sama, Lisa turut meninggalkan kata inspirasi dan semangat kepada mereka yang mengamalkan diet sihat demi usaha untuk menurunkan berat badan agar bersabar dan tidak beriya-iya menurunkan berat badan secara drastik.

Sebab paling penting,  kesihatan ialah keutamaan dalam mendapatkan berat badan  ideal untuk diri kita.

Agak-agak, korang boleh follow tak cara Lisa ni? Mudah je kan? 

Foto: Instagram Lisa Surihani

Published by
Rafiq Mazlan