Pelakon dan penyanyi Elyana menzahirkan rasa syukur apabila berat badannya kini kian bertambah.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menerusi hantaran terbaru di Instagram turut berterima kasih atas ucapan dan sokongan semua pihak.
“Alhamdulillah! Berat saya dari 35kg ,hari ni timbang 42kg. Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu2 sedekah makanan pada saya..i love u!,” tulisnya.
Terdahulu pada pertengahan Jun lalu, penyanyi lagu Kalis Rindu ini memdedahkan berat badannya mencecah 35 kilogram selepas menderita penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya.
Elyana memaklumkan hal tersebut selepas ditanya peminat menerusi Ask Me Question.
Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapi telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.