Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui dirinya cukup gembira dan cuba untuk menjadi versi diri sendiri yang lebih baik.
Lalu tahun ini, dia secara serius cuba mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan secara sihat dengan bantuan serta melakukan perawatan bersama SSKlinic.
Katanya kepada MH, perlantikannya sebagai duta pusat kesihatan itu juga secara tak langsung memberi ruang terbaik untuknya dalam mendapatkan bentuk tubuh lebih ideal.
Katanya kepada MH, dalam tempoh empat minggu sebelum ini, berat badannya berjaya susut sehingga 6 kilogram.
“Saya sangat gembira dan rasa lagi teruja apabila doktor yang pantau saya beritahu, berat saya boleh dikurangkan lagi kalau lebih berdisiplin, makan ikut waktu dan banyakkan minum air.
Ads
“Ingatkan 6 kilogram dalam tempoh sebulan itu sudah banyak, tapi katanya saya boleh turunkan lagi. InsyaAllah masih dalam proses dan kalau boleh, saya mahu miliki berat sekitar 80 kilogram, InsyaAllah,” jelas Dina optimis.
Ditanya sejauh mana kesukaran yang dihadapinya sepanjang proses untuk turunkan berat badan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cinta Datang Lagi ini akui dirinya amat rindukan makanan segera.
“Ya saya akui sangat rindukan ‘jajan’. Berat saya ni 20 kilogram saja, selebihnya ‘jajan’ dan cokelat,” seloroh Dina.
Ads
“Saya tak nafikan memang susah. Bila pergi kedai pada peringkat awal tu, saya ambil kemudian terfikir untuk kurus jadi terpaksa letak balik. Kena kuatkan mental.
“Formula saya ialah, gemar untuk kongsikan apa yang dilakukan sekarang dengan orang sekeliling. Jadi bila berbuat demikian, mereka akan lebih faham dan sensitif dalam soal pengambilan makanan.
Ads
“Saya bertuah kerana rakan-rakan pun menyokong. Misalnya di konti kalau kami ada buat ‘potluck’, ada yang akan bawa salad, air mineral dan sebagainya.
“Malah kalau kita terlupa, ada yang akan tegur sama ada makanan yang saya nak makan itu mengandungi gula atau sebaliknya. Mereka pula yang ingatkan, termasuklah ibu,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Dina kini sedang mencari material baru untuk single dan sebolehnya, dia cuba untuk mencari lagu berbeza dari pada yang pernah dinyanyikan sebelum ini demi mencepati cita rasa penggemar muzik semasa.
Foto: Instagram Dina Nadzir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan 13 Disember lalu, pengacara dan pelakon Ain Edruce berkongsi posting terbaru di laman Instagram.
Malah, bintang tinggi lampai itu turut mahu ‘tag’ suaminya bersama di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun apabila meninjau di ruang komen, rata-rata netizen bertanya mengapa wajah lelaki di Instagram cukup berbeza dengan wajah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa meski punya nama yang serupa.
Malah ada yang bercanda, mendakwa pelakon berusia 27 tahun ini ‘tersalah suami’.
Berita pemergian penyanyi Sandra Dianne nyata mendapat perhatian meluas daripada rakan selebriti dan peminat industri hiburan tanah air.
Lalu, masing-masing memberikan penghormatan terakhir dan turut sedekahkan al-Fatihah atas pemergiaan.
Kami kongsikan, latar belakang mengenainya.
1.Sandra Dianne atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuri telah dilahirkan pada 16 September 1994 di Tuaran, Sabah.
2.Bintang berusia 26 tahun ini beragama Islam dan dibesarkan di Sabah sebelum memulakan kerjayanya sebagai penyanyi kira-kira lima tahun lalu.
3.Sandra merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran, Sabah.
4.Selepas itu, Sandra memiliki kelulusan dalam bidang Architectural Drafting.
5.Ketika berusia 20 tahun, Sandra pernah menyertai program realiti nyanyian Mentor Lagend di TV3 dan merupakan anak didik kepada penyanyi Dayang Nurfaizah.
6.Pada tahun 2015, Sandra telah mengeluarkan lagu single pertamanya yang berjudul Hey Kau ciptaan Tam Spider dan penulis lirik oleh Iman Imran.
7.Penyanyi kelahiran Sabah ini merupakan salah seorang peserta yang bertanding dalam program Big Stage 2020 terbitan Astro.
8.Siapa menduga, Sandra terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 5 September lalu ketika sedang menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat program berkenaan.
9.Arwah Sandra telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September selepas koma selama 5 hari di Hospital Putrajaya.
10.Memetik Harian Metro, jenazahnya akan dikebumikan di Sabah.
Foto: Instagram Sandra Dianne
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres jelita, Nur Fazura ada berkongsi foto bersama suaminya, pelakon Fattah Amin yang sekaligus mencuri perhatian para peminat mereka.
Mengisi masa bersama di Pulau Pinang, penampilan Fazura yang kini sarat hamil lebih enam bulan cukup memulau pandangan, apatah lagi ia turut dirakam bersama suami tersayang.
Menerusi foto yang dikongsikan, bintang Pisau Cukur ini dilihat mengenakan dress labuh polos putih dan Fattah turut memuat naik foto mereka berdua di Instagram miliknya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis memuji selain mendoakan yang terbaik buat pasangan sama cantik sama padan ini.
Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan pasangan ini mula mendedahkan berita mengenai kehamilan itu, pertengahan April lalu.
Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.