Penyampai radio, DJ Lin ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan Petaling Jaya, baru-baru ini selepas kembali diserang alahan minggu lalu.

Menurutnya, alahan yang dialami mulai mengganggu pernafasan yang sekali gus menyebabkan dia memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berat Susut 4.5 Kg, DJ Lin Dedah Situasi Alahan Sampai Masuk ICU – “Tak Ada Selera Nak Makan. Rasa Macam Ada Sesuatu Yang Menyekat Di Tekak

“Alahan ini kembali menyerang lebih kurang seminggu lalu. Kali ini, ia lebih parah kerana mengganggu pernafasan saya. Malah, ia bukan saja di bahagian luar badan, tapi juga dari dalam.

“Disebabkan itu, saya kini ditahan di ICU dan dipantau oleh doktor dan jururawat. Saya juga terpaksa menggunakan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Dia yang sinonim menerusi segmen Suria Cinta di saluran Suria FM itu menambah, ia menyerang secara tiba-tiba.

“Pada minggu lalu, ketika dalam perbincangan untuk urusan kerja, tiba-tiba kepala rasa rasa ‘melayang’ dan seperti tak stabil.

IKLAN

“Tengkuk saya rasa tegang, bahu rasa berat dan badan menjadi lemah. Saya kemudiannya terus ke klinik untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

“Satu badan saya diserang alahan. Sekali dengan muntah-muntah, loya, kepala rasa berat, dan saya terbaring sebab rasa sangat tak sihat.

“Tapi, pada malam hari Isnin, saya masih gagahkan diri untuk bersiaran walaupun badan sudah terlalu lemah,” katanya.

Berat Susut 4.5 Kg, DJ Lin Dedah Situasi Alahan Sampai Masuk ICU – “Tak Ada Selera Nak Makan. Rasa Macam Ada Sesuatu Yang Menyekat Di Tekak

IKLAN

Selain itu, Lin mengakui berat badannya juga mulai susut sehingga 4.5 kilogram sejak dimasukkan ke hospital kerana tiada selera untuk makan.

“Berat badan saya turun mendadak kerana saya tak ada selera nak makan. Rasa macam ada sesuatu yang menyekat di tekak saya.

“Doktor masih berusaha sedaya upaya untuk mengenal pasti punca utama sakit saya ini. Pelbagai ujian sudah dijalankan seperti ujian darah dan air kencing,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, Lin turut mengucapkan terima kasih kepada rakan penyampai yang menganjurkan solat hajat dan memohon doa daripada semua terutama pendengar setia Suria FM.

“Terima kasih kepada rakan-rakan antaranya Sharifah Shahirah, Nabil Ahmad dan ramai lagi yang sudi menganjurkan solat hajat untuk mendoakan saya.

“Kepada peminat, jangan panik. Insya Allah, saya tak apa-apa dan mudah-mudahan mampu melawan penyakit ini. Saya akan terus berjuang,” katanya lagi.

Berat Susut 4.5 Kg, DJ Lin Dedah Situasi Alahan Sampai Masuk ICU – “Tak Ada Selera Nak Makan. Rasa Macam Ada Sesuatu Yang Menyekat Di Tekak

Difahamkan pada Oktober tahun lalu, dia pernah berdepan dengan situasi sama dan turut dimasukkan ke hospital.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI