“Beratur Dekat Sejam, Warga Asing Merayu Nak Masuk Masjid,”- PU Amin

Share

Pencetus Ummah (PU) Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin meluahkan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat siang tadi.

Kongsi Amin, dia beratur hampir satu jam sebelum masuk ke pintu masjid selari dengan SOP yang ditetapkan kerajaan iaitu merekod suhu badan.

“Alhamdulillah, rasa sebak,seronok tak sangka dapat solat jumaat. Masa beratur tadi ada orang tak lepas masuk masjid.

“Polis dan pegawai masjid buat kawalan ketat, hati risau takut suhu badan naik sebab tunggu bawah terik matahari ni, beratur dekat sejam, ada warga asing merayu rayu nak masuk tapi tak dapat juga, dalam hati ni Allah je tahu lepas ke tidak, semua berharap .

“Alhamdulillah dapat juga masuk solat jumaat. Syukur sangat. Dulu tak rasa sangat macam ni. Sekarang bila dapat masuk masjid nikmat sangat. Rindu bau masjid. Rindu ketenanganNya.

“Rindu nak sujud dekat lantai masjid. Ya Allah terima kasih atas nikmat ini. Syukur Ya Allah. Harap harap lepas ni solat fardhu boleh kita ramaikan jemaah masjid. Jangan lupa isi duit dalam tabung masjid.

“Masuk banyak sikit, mana tahu rezeki jadi banyak lepas ni. Alhamdulillah berkat jumaat. Mask kecik pulak rupanya anak punya patutlah ada bau sugus dalam ni,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersyukur kerana masjid kini dibuka.

Dalam masa sama, jemaah perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan iaitu melaksanakan penjarakan sosial, memakai topeng mulut dan hidung (mask), mengambil wudhu dan membawa sejadah masing-masing dari rumah serta tidak ada bersalaman dan bersentuhan antara satu sama lain.

Foto : Instagram PU Amin

Published by
Amynur Akmal