Sebaik kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menghalang wabak COVID-19 terus merebak, stesen bas dan jalanraya sesak apabila warga Lembah Klang memutuskan untuk pulang ke kampung.
Keadaan ini mendapat reaksi bekas pelakon, Azuan Mazlan yang nyata kecewa apabila tindakan ini hanya akan memburukkan keadaan dan menyebabkan wabak semakin tersebar meluas ke suluruh negara.
Malah dia turut berkongsi hadis Rasullah SAW berkait wabak taun yang pernah melanda di mana Rasulullah SAW bersabda agar tetap tinggal di kediaman masing-masing.
“Seminggu lalu KKM dapat mengawal Corona dari perhimpunan usaha agama di Masjid Sri Petaling yg dihadiri seramai 15ribu orang serta dapat kerjasama dr jemaah tabligh, mereka serah diri utk diperiksa tahap kesihatan mereka, kemudian dapat detect siapa yg dijangkiti dan siapa yg perlu di kuarantin.
“Hari ini beratus ribu manusia yg tak bertanggungjawab balik ke kampung atau keluar dr tempat tinggalnya semata2 nak lari dr virus corona di kediamannya.
“Kita tidak tahu siapa antara kita yg telah terkena jangkitan virus ini secara tak sedar, kerana tanda2nya memakan masa, sebenarnya ini yg lebih bahaya seperti musuh di dalam selimut.. Sekarang ini siapa yg tak dengar cakap kerajaan?
“Hadis Rasulullah saw, “Jika wabak taun berlaku di mana2 kawasan seseorang maka hendaklah dia tetap tinggal di kawasannya itu dengan sabar & mengharapkan ganjaran serta berkeyakinan bahawa apa2 yang akan berlaku ke atasnya hanyalah apa2 yg telah ditakdirkan oleh Allah swt. – Hadis Riwayat Bukhari,” tegasnya.
Malah, penyebaran mendadak yang berlaku di China, Itali dan Perancis ialah kerana rakyatnya yang berpusu-pusu keluar daripada tempat asal sehingga menyebabkan kadar jangkitan dan kematian meningkat mendadak.
“Sekarang ini Allah swt terbalikkan balik kebodohan diri kita sendiri.
“Di China, Di Italy & Di Perancis berlakunya penyebaran mendadak virus corona ini apabila rakyatnya ingin berpusu2 keluar dr tempat asalnya sehinggakan kadar jangkitan dan kematian meningkat mendadak.. apabila Rakyat tidak taat atas perintah lockdown kerajaan utk duduk di rumah masing2 maka musibah lagi teruk akan berlaku.
“Janganlah sampai negara kita ini bertindak dgn kawalan lebih ketat seperti di negara luar sehingga sesiapa keluar rumah akan di tembak. #lockdown,” kongsinya lagi.
Sehingga kini, sebanyak 673 kes dicatatkan di Malaysia dengan dua kematian direkodkan pada 17 Mac 2020.
Selangor dan Wilayah Persekutuan masih mencatatkan bilangan kes paling tinggi dengan masing-masing berjumlah 161 dan 113 kes.
Foto : Instagram Azuan Mazlan