
Selebriti versatil, Zulin Aziz ada berkongsi satu rakaman video yang di muat naik oleh seorang jurumekap terkenal dari Indonesia di Instagram.
Menerusi entri berkenaan, jurumekap tersebut telah menata rias wajah seorang gadis yang hasilnya saling tak tumpah dengan wajah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Lalu, Zulin meluahkan rasa kagum apabila melihat bakat hebat yang ditonjolkan oleh jurumekap yang dikenali sebagai Lucky Hakim itu.
“Kita mintak dia makeup macam @ctdk . Ya Allah terima kasih.
“Talented betul! Tengok instagram dia,macam2 rupa artis dia boleh buat.
“Amazing, from Malaysia,” tulisnya.
https://www.instagram.com/tv/CFKAPpVAC8g/?igshid=1lfshrxtvw4jk
Dalam pada itu, rata-rata peminat juga turut meluahkan rasa kagum apabila melihat perkongsian yang dibuat Zulin.
Video: Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Tahun Hidup Harmoni, Fauzi Nawawi; “Kebahagiaan Tak Perlu Dikongsi Kerana Tak Semua Orang Suka Kita Bahagia.”

Pelakon Fauzi Nawawi kembali merakam memori indah bersempena dengan ulang tahun ke-15 perkahiwnannya bersama aktres, Lisdawati.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Fauzi membuat coretan indah sambil menyifatkan kebahagiaan perkahwinan yang dibina tidak perlu terlalu dikongsi.
“09-09-2007. Tarikh Aku terima nikah. Semalam masuk tahun ke-15 kami bersama dalam macam- macam situasi suka duka dan bahagia.
“Kebahagiaan tak perlu dikongsikan kerana tak semua orang suka kita bahagia. Derita dan kesusahan tak perlu diceritakan kerana akan bertambah ah penderitaan.
“Di zaman ini tak perlu kita beritahu apa yang kita ada dan apa yang kita Miliki,” tulisnya.
Fauzi pada masa sama memilih untuk menjalani kehidupan bekerluarga secara sederhana apa adanya.
“Hidup biasa-biasa sudah, yang penting pasangan kita bahagia dan memahami. Sorry sweetheart @lisdawati15, tak sempat nak ucap apa-apa dan hadiah kan apa-apa.
“Jadual masing-masing tak mengizinkan untuk spent time sama. Insyaallah Semoga hubungan ini sentiasa ALLAH berkati. Luv u sayangku @lisdawati15 take a good care,” tulisnya.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berpisah Jua & Jodoh Tak Panjang, Ini Rangkuman Artis Bercerai Tahun 2022

Tiada siapa yang mendirikan rumah tangga, mengharapkan perpisahan di pengakhiran jalan.
Namun, jika sudah tertulis suratan jodoh setakat itu sahaja, siapalah kita untuk melawan takdir Tuhan.
Tahun 2022 juga memperlihatkan bahtera perkahwinan beberapa selebriti melalui detik hitam apabila terpaksa berakhir dengan penceraian.
Di sini, MH rangkumkan perpisahan selebriti yang mendapat soroton sepanjang tahun ini.
1. Siti Saleha & Ahmad Lufti
Perkahwinan yang dibina pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha Baharum, 32, hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.
Saleha sah bercerai talak satu dengan suami, Ahmad Lufti Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 17 Januari 2022.
Pasangan ini berkahwin pada 28 Julai 2017 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
2. Ellie Suriaty & Azri Iskandar
Selepas 19 tahun hidup bersama, pasangan pelakon Ellie Suriaty, 52, dan Azri Iskandar, 54, mengambil keputusan meletakkan titik noktah dalam perhubungan mereka.
Ellie dan Azri disahkan bercerai pada 17 Mei 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azreel Omar, 18, dan Nur Azreen, 13 tahun.
3. Ashira & Bad Indigo
Mula berkenalan rapat ketika sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza kelapan (GV8), Ashira dan Bad Indigo kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.
Namun, hubungan mereka tidak kekal lama selepas mengambil keputusan untuk berpisah pada Jun 2022.
Ashira dan Bad tampil membuat pendedahan mengenai penceraian mereka menerusi rakaman sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing.
4. Mizz Nina & Noh Salleh
Pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah bercerai pada Ogos 2022.
Kedua-duanya berkongsikan kenyataan rasmi mengenai perpisahan itu di laman Instagram masing-masing buat makluman umum.
Pasangan itu dilaporkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Nina ata Shazrina Azman, 42, dan vokalis kumpulan Hujan itu diijabkabulkan pada 1 Julai 2011. Mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.
5. Nad Zainal & Faliq Amiruddin
Pelakon Nad Zainal mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Faliq Amiruddin pada September lalu.
Berkahwin pada 18 Disember 2015, aktres itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1 tahun.
Walaupun sudah tidak lagi bersama, hubungan Nad dan bekas suami kekal baik demi dua anak mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Audi Yang Tak Fokus, Bukan Salah Saya,”- Lamborghini Terlalu Menonjol? Syamsul Yusof Nafi Jadi Punca Kemalangan

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menafikan dirinya menjadi punca berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kereta, baru-baru ini.
Menurut Syamsul, perlanggaran antara kereta Audi dengan kenderaan jenis serba guna (MPV) di posisi hadapan adalah kerana pemandu berkenaan itu sendiri yang tidak fokus.
“Ini adalah video yang sebenar. Kereta Audi yang tak fokus. Bukan salah saya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah filem Munafik itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Syamsul memohon orang ramai untuk tidak membuat tuduhan melulu berhubung kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan mengusik Syamsul dengan mengatakan jentera mewahnya itu terlalu menonjol sehingga menyebabkan orang yang melihat sukar fokus.
“Lawo (lawa) sangat kereta tu,” komen pelakon, Fattah Amin.
“Berkilau memukau,” kata pelakon, Zarina Zainoordin.
“Kereta berkilat sangat,” kata pelakon, Shahidan Izwan.
“Merecik sangat tu,” komen seorang netizen.
“Kacak sangat kereta sebelah. Terpegun lalu terhantuk,” balas seorang lagi netizen.
Sejak semalam, video kemalangan tersebut tular di seluruh platform media sosial dan ramai yang mendakwa pemandu terbabit terpegun melihat kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul sehingga menyebabkan dia kurang fokus dan melanggar kereta hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI