Pelakon jelita, Rozita Che Wan menzahirkan rasa bangga selepas anak keduanya, Aniq Ezzra telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam dua jurusan yang berbeza.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia merasakan segala usaha kerasnya untuk menghantar anaknya menuntut ilmu dimenara gading ternyata berbaloi.
View this post on Instagram
“Berbaloi la mak hang berkepak cari duit nak bayar yuran Taylor’s University. Bukan sikit-sikit duit chek oi.
“Tapi syukur alhamdulillah dengan izin Allah, double degree dalam tangan,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon sitkom Lot 69 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut berharap agar anaknya itu akan menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang.
“Dear Aniq Ezra, I harap kamu akan terus berkerja keras untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa juga perkara yang diceburi,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut berkongsi rasa gembira selain turut memuji cara didikan Che Ta dalam membesarkan anak-anaknya itu.
“Syukur Alhamdulillah. Tahniah ibu dan anak. Macam akak dengan adik dah. Wow sangat.
“Alhamdulillah, tahniah bonda dan anaknya.
“Impian setiap ibu anak membesar dengan baik. Ada pelajaran. Ada ilmu dunia akhirat.
“Tahniah. Hebat anak Che Ta.
“Alhamdulillah. Penat lelah cari rezeki. Anak dapat ijazah cemerlang,” antaranya komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, selain Aniq, Che Ta turut memiliki seorang lagi anak lelaki Ammar Effendy daripada hasil perkahwinan pertama sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada 2013.
Pasangan tersebut turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI