Pengacara dan usahawan, Neelofa ada memberikan kata-kata semangat buat seluruh warga Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah yang bakal menempuh sebuah lagi fasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Neelofa, meskipun keputusan ini sukar untuk diterima oleh segelintir pihak, tetapi ia merupakan langkah yang terbaik baik bagi mengendurkan penularan wabak COVID-19 yang sedang meningkat ketika ini.

“Saya tahu ketika ini semua orang mempunyai perasaan yang bercampur baur tetapi ini merupakan salah satu cara terbaik bagi menangani penularan wabak COVID-19.

“Saya percaya yang kita semua hampu menghadapinya bersama. Ikutilah S.O.P dan hanya keluar rumah jika ada urusan penting sahaja. Paling penting sekali, kita jaga kita,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi akaun Twitter.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar tempoh PKPB pada kali tidak memberi kesan yang mendalam buat seluaruh rakyat terutamanya para usahawan tempatan.

Malah, bintang tersebut turut menyeru kepada orang ramai agar terus menyokong jenama tempatan.

IKLAN

“Mendoakan dan berharap, agar PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil secara khususnya dan rakyat secara amnya

IKLAN

“Jom kita support sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan!,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelasanaan PKPB di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.

Manakala bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pula, tempoh PKPB akan dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Sumber: Twitter Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI