Selepas melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique bersama isterinya, Siti Hajaar telah pun diraikan dalam satu majlis resepsi yang serba indah lagi meriah yang diadakan di Hotel Wydham Acmar, Klang pada malam Sabtu.
Selain keluarga dan rakan terdekat, majlis berkenaan turut diserikan lagi dengan kehadiran para rakan selebriti.
Antara yang menarik perhatian MH sewaktu majlis resepsi itu sudah tentulah kehadiran rakan duet MK menerusi lagu yang pernah mencipta fenomena, Peluang Kedua iaitu Nabila Razali.
Nabila dilihat anggun mengenakan gaun serba putih polos dan digayakan dengan beg bimbit Christian Dior serta jam tangan berjenama Rolex.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Nabila turut menzahirkan rasa apabila dapat menyaksikan momen indah sahabat baiknya itu.
“Tahniah Muhammad Hairi Amin dan Siti Hajaar. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyaksikan momen indah ini.
“Such a lovely couple. Terima kasih kerana mengundang saya,” tulisnya.
Pada masa sama, Nabila turut berkongsi foto-foto yang sempat dirakam ketika menghadiri majlis berkenaan.
Bagaimanapun, tanpa mengetahui apa sebabnya, Nabila dilihat menutup ruang komen pada posting berkenaan.
Sekadar informasi, selepas hampir tiga tahun, lagu Peluang Kedua telah pun berjaya meraih lebih 41 juta tontonan di Youtube.
Terdahulu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pilihan hatinya yang juga merupakan usahawan, Siti Hajaar pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabila Razali