“Berbeza Kantung, Berbeza Uri,” – Gembira Dalam Syukur, Ainan Tasneem Dedah Kandung Anak Kembar Tak Seiras

Share

Penyanyi Ainan Tasneem berkongsi berita gembira apabila mendedahkan kini hamil anak kedua dan dijangka bakal bersalin anak kembar, tidak lama lagi.

Pada usia kandungan yang sudah melebihi empat bulan, Ainan turut berkongsi anak yang bakal lahir juga mungkin bukan kembar seiras.

Khabar itu dikongsinya menerusi satu entri terkini di akaun Instagram, baru-baru ini.

Pada masa sama, dia sendiri tidak menyangka akan berpeluang merasai nikmat mempunyai anak kembar.

“Selamat Hari Raya AidilAdha everyone. Btw ramai yg tanya haritu tentang pregnancy Ainan kali ni.

“InshaaAllah It’s gonna be a fraternal twin! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

“Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung & berbeza uri. So gender pon boleh jadi antara boy and girl, both boys or both girls.

“Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat twin. Mula2 dapat tau news ni mcm terkejut sangat tapi excited!

“Salsabiela pon excited bila dpt tahu dia bakal dapat 2 adik,” tulisnya.

Lalu, bintang ini turut memohon doa akan kesejateraan kembar yang kandungannya daripada semua.

“Hari ltu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih.

“Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak.

“Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat & selamat. Ada ke followers Ainan kat sini yg pregnant twin?

“Jom share pengalaman spanjang pregnancy dgn Ainan,” tulisnya panjang lebar.

Untuk rekod, Ainan dan suaminya, Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.

Foto: Instagram Ainan Tasneem

Published by
MH