“Berbuka Simple Je, Kuih Sikit, Kurma Wajib Dimulakan Dulu,” – Serina Redzuawan Syukur Dapat Berbuka Dengan Suami

Share

Pelakon dan usahawan, Serina Redzuawan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ada berkongsi cerita bersama peminat.

Malah, Serina juga dilihat ada berkongsi rutin hariannya bersama suami di sepanjang bulan ramadan yang mulia ini.

Di samping memuat naik foto juadah berbuka, Serina meluahkan rasa syukur kerana berpeluang berbuka puasa bersama suaminya, Meor Mohammad Aidid.

“Alhamdulillah today berbuka dengan suami kami makan Nasi Lemak dengan Lauk Sambal tumis Udang Harimau petai, dah lama tak makan petai pergi pasar dapat pulak fresh apa lagi sambar terus! Berbuka simple je, kuih sikit, kurma ajwa wajib dimulakan dulu.

“Air hari ni suami teringin nak minum Ribena Longan. Perghhh..sedap segar layanzz habis.

“U all berbuka puasa menu apa today? Share kan ya. Komen di bawah. Selamat mengerjakan ibadah terawikh semua,” tulisnya.

Terdahulu, Serina mendirikan rumah tangga bersama pegawai polis, Meor Mohammad Aidid pada 8 April lalu.

Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin atau nama Islamnya Salahudin sebelum bercerai pada tanggal 1 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Foto: Instagram Serina Redzuawan

Published by
Nazar Rafiqhi