Siapa yang tidak kenal dengan personaliti yang satu ini. Bukan sahaja dikenali di Malaysia, bahkan dia juga merupakan antara personaliti popular yang menjadi bualan ramai di Indonesia. Semuanya bermula apabila dia memenangi gelaran Puteri Muslimah Asia pada tahun 2018 dan sekaligus diberi tanggungjawab untuk mengemudi acara televisyen popular di sana.

Di Malaysia, namanya kini sedang mekar dengan tanggungjawab sebagai hos, pelakon dan juga jurucakap produk terkenal. Mungkin ramai yang tahu, wanita berusia 29 tahun ini merupakan graduan jurusan undang-undang dari Universiti Malaya dan dia amat aktif melibatkan diri dalam perlbagai pertandingan seperti pidato, bahas dan sebagainya ketika di bangku persekolahan dan juga universiti. Jadi tidak hairanlah apabila dia sangat petah bila berkata-kata.

“Bercakap Biar Berlandaskan Ilmu. Jangan Jadi Tin Kosong, Banyak Bunyi Tetapi Isinya Tiada,” – Pesan Uyaina Kepada Generasi Baharu Remaja Malaysia

Kelmarin Uyaina telah berkesempatan menjadi juri jemputan untuk Pertandingan Pengucapan Awam Saya #remajaMalaysia anjuran Majalah Remaja dan Ideaktiv. Kelibatnya ketika pertandingan itu berlangsung menjadi perhatian dan juga kesempatan untuk para finalis mendapatkan tip serta nasihat untuk menjadi lebih yakin apabila berhadapan dengan khalayak ramai.

“Bercakap Biar Berlandaskan Ilmu. Jangan Jadi Tin Kosong, Banyak Bunyi Tetapi Isinya Tiada,” – Pesan Uyaina Kepada Generasi Baharu Remaja Malaysia

Ujarnya, “Selalunya di DM dan apa jua saluran, ramai yang bertanya kepada Yana bagaimana hendak meningkatkan keyakinan diri.  Jawapan saya tidak pernah berubah, dengan ilmu. Kalau kita ada ilmu dan pengetahuan, apa yang kita hendak sampaikan akan menjadi lebih yakin sebab semuanya berlandaskan fakta yang betul. Jangan jadi seperti tin kosong, banyak bunyi tetapi isinya tiada.”

Ads

Kehidupan di zaman serba pantas ini menjadikan segala maklumat berada di hujung jari. Apatah lagi bagi mereka yang aktif melayari internet. Untuk remaja khususnya Uyaina mempunyai pesanan tentang membina jati diri dan juga keaslian di dalam personaliti.

“Bercakap Biar Berlandaskan Ilmu. Jangan Jadi Tin Kosong, Banyak Bunyi Tetapi Isinya Tiada,” – Pesan Uyaina Kepada Generasi Baharu Remaja Malaysia

“Bercakap Biar Berlandaskan Ilmu. Jangan Jadi Tin Kosong, Banyak Bunyi Tetapi Isinya Tiada,” – Pesan Uyaina Kepada Generasi Baharu Remaja Malaysia

Ads

“Untuk generasi masa kini Yana yakin yang ramai outspoken, yang lebih bijak mengunakan kata-kata untuk berhujah dan sebagainya. Paling penting tonjolkan sisi individual anda dan jangan terikut dengan cara penyampaian orang lain. Stay true to yourself dan tonjolkan kredibiliti apabila berhujah.”

Sekadar informasi, ketika ini Uyaina sedang sibuk sebagai hos kepada rancangan bual bicara wanita popular, Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 selain turut bergelar duta kepada jenama tudung terkenal, Ariani.

Ads

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI