Pelakon dan pengacara Hefny Sahad mengakui ada berhubung dengan bekas kekasihnya pelakon Uqasha Senrose, meski umum mengentahui kisah cinta mereka yang akhirnya terputus di pertengahan jalan, tahun lalu.

Katanya kepada MH, dia dan Uqasha masih ada hubungan baik meski masing-masing kini tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin.

“Jujurnya, saya adalah berhubung dengan Uqasha dan kami bertanya khabar masing-masing. Kadang-kadang dia tanya khabar dulu, kemudian saya pun ada lakukan perkara sama.

“Tiada sebab kamj nak bermasam muka atau bermusuh memandangkan kami berpisah pun secara baik, malah masing-masing dah matang. Lagi pun, saya juga baik dengan ahli keluarganya.

“Malah saya juga pernah berlakon sama dengan adik Uqasha juga sebelum ini. Jadi tak manis kalau saya putuskan hubungan silaturahim,” jelas Hefny jujur.

IKLAN

“Bercinta Balik? Rasanya…,” – Ini Jawapan Pro Hefny Sahad Bila Diaju Soalan Kemungkinan Kembali Berkasih Dengan Uqasha Senrose

Bagaimanapun, bintang yang mulai dicungkil bakatnya menerusi program On Air itu mengakui setakat ini, dia tidak melihat jalinan baik di antara bersama kakak kepada Nelydia Senrose itu boleh kembali intim seperti dulu.

IKLAN

“Setiap perhubungan membuatkan saya lebih matang dan mengenali diri sendiri.

“Bercinta balik? Rasanya tidaklah kot. Selepas putus cinta dengan Uqasha saya rasakan kami lebih sesuai untuk berkawan sahaja.

IKLAN

“Akan tetapi, saya tiada masalah jika bertemu dan mahu digandingkan dengan Uqasha dalam filem atau drama,” akhirinya.

Terdahulu, Hefny bersama beberapa pelakon lelaki lain ditemui media pada majlis pelancaran cawangan pertama kedai menjual produk alternatif berhenti merokok NCIG di Desa Sri Hartamas, minggu lalu.

“Bercinta Balik? Rasanya…,” – Ini Jawapan Pro Hefny Sahad Bila Diaju Soalan Kemungkinan Kembali Berkasih Dengan Uqasha Senrose

Foto: NCIG, Instagram Hefny & Uqasha Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI