Bercucu & Bakal Berusia 50 Tahun, Doktor Sahkan Nora Ariffin Boleh Hamil Lagi; “Puteri Dahlia Kata No,No…”

Share

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsi dirinya masih lagi boleh hamil biarpun kini sedang meniti usia 49 tahun.

Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Wan Ariffin bagaimanapun menjelaskan dia tidak berhasrat untuk menambah cahaya mata selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan Dr Rushdi Ramli.

Berkongsikan hal itu di laman Instagram, Nora berkata anak perempuannya, Puteri Dahlia juga seakan-akan tidak memberikan ‘keizinan’ untuk ibunya hamil lagi.

“Doktor kata boleh tambah lagi huhu… Puteri Dahlia kata no, no! Tak nak.

“Cukuplah bagi pada orang muda sahajalah. Lebih best main dengan anak-anak dan cucu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Delima itu, di kala usianya hampir mencecah 50 tahun, dia kini lebih meletakkan fokus untuk menambahkan amal ibadah.

“Usia 50-an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan dan support suami itu lebih baik,” tulisnya lagi.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Dr Rushdi yang merupakan seorang pensyarah kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaysia (UM) pada Disember tahun lalu.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham komposer Johan Nawawi pada 1992 dan hasil perkahwinan, dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung manakala anak kedua Nora, Alif Johan meninggal dunia pada 14 Disember 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar