Pelakon Puteri Sarah menerusi perkongsian video terkininya di Instagram dilihat mengalirkan air mata sambil menyatakan isi hati susulan sudah tidak tahan berdepan dengan masalah rumah tangganya yang berpanjangan.
Puteri Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akui mahu memulakan hidup baharu sekaligus gus berharap agar suami, pengarah Syamsul Yusof dapat melepaskannya dengan cara baik.
Bercucuran Air Mata Puteri Sarah, Merayu Pada Syamsul; “Saya Juga Ada Keinginan Nak Bahagia, Rasa Kasih Sayang. Jadi Lepaskan Saya.”
“Sarah dah penat bergaduh dan berlawan dengan lelaki narsistik macam ni. Semua doakan Sarah supaya saya dilepaskan dan diceraikan dengan cara yang baik.
“Kepada Mohd Shamsul, kalau awak nak ambil semua harta-harta awak, awak ambil. Saya tak nak. Saya ada kaki dan tangan, saya boleh bekerja tapi hak anak-anak jangan diabaikan.
“Saya sudah terlalu penat, dah berapa tahun tak dilayan sebagai isteri, tak mendapat kasih sayang. Saya juga ada keinginan nak bahagia, merasa kasih sayang.
“Jadi lepaskan saya dan bagi saya move on untuk cari kehidupan saya macam yang awak cakap sebelum ini saya berhak cari kebahagiaan saya sendiri. Jadi lepaskan saya.
“Saya dah penat berlawan dengan awak. Jadi, awak nak menang, awak menanglah Mohd Shamsul. Nanti jawab di akhirat,” katanya.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih sejuta tontonan di Instagram disusuli dengan berbelas ribu komen ditinggalkan peminat dan rakan artis.
Sementara itu menerusi hantaran berbeza, Sarah turut menjelaskan dia memadam posting terdahulu bukan kerana takut, tapi penat berdepan dengan isu krisis rumah tangganya.
Malah dia juga mahu perkahwinannya yang dianggap toksik bersama suaminya itu berakhir dengan segera.
Imbas kembali, Puteri Sarah dan syamsul bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini