Pelakon baru, Scha Elinnea kini sedang meningkat naik dalam industri hiburan tanah air.
Namanya mula dikenali menerusi drama bersiri Mr. Grey yang memegang watak sebagai Nurul Jannah, tampil dengan imej bertudung.
Menerusi drama rantaian berkenaan, Scha mendukung watak rakan baik kepada Nisa Ardina lakonan Eyra Hazali.
Baru-baru ini, bintang muda berusia 20 tahun ada menghadiri Good Vibes Festival 2019 di Genting Highlands pada Sabtu dan Ahad lalu.
Tampil dengan imej berseluar pendek, Scha dihujani komen yang pelbagai.
Malah, Scha atau nama penuhnya Natasha Mohamed Mubeen juga muncul dalam beberapa drama seperti Cik Reen Encik Ngok Ngek, Voicenote dan Pencuri CInta Kelas Satu.
Antara artis yang dilihat turut berada pada program berkenaan ialah Ain Adruce, Daiyan Trisha, Kaka Azraff serta suami, Nabil Mahir dan ramai lagi.
Foto : Instagram Scha Elinnea