“Perkara Ini Perbezaan Pendapat Di Kalangan Ulama, Cik Man Cuma Sebut…,” – PU Azman Leraikan Kekeliruan

Share

Sejak awal minggu lalu, isu jalan cerita membabitkan drama popular, 7 Hari Mencintaiku 3 menimbulkan reaksi hangat netizen di media sosial.

Segalanya bermula selepas watak utama, Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya memutuskan untuk menjadi pak sanggup kepada Nurul (Wafariena) yang didakwa hamil anak Pak Samad (Kazar), yang juga bapa kandung kepada Khuzairi.

Susulan itu, netizen mula tertanya-tanya adakah situasi tersebut dibenarkan di dalam agama?

Bagi menjawab kekeliruan berkenaan, pendakwah bebas yang juga salah seorang daripada pelakon drama itu, Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan perkahwinan di antara Nurul dan Khuzairi adalah sah.

@puazman perkara ini perbezaan pendapat di kalangan ulama. Cik Man cuma sebut Mazhab Syafie saja dulu di sini. #7harimencintaiku3 #fyp @Yahboiwarf ♬ original sound – PU Azman (Cik Man)

“Assalamualaikum. Seandainya Khuzairi menikasi Nurul yang sedang mengandungkan anak luar nikah Pa Samad. Maka, pernikahan tersebut adalah sah di sisi mazhab Syafie berdasarkan dalil surah An-Nisa ayat 24,” katanya.

Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.

Katanya lagi, meskipun terdapat percanggahan pendapat para ulama, namun penjelasannya itu adalah bersandarkan daripada mazhab Syafie.

“Perkara ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Saya cuma menjelaskan mengikut Mazhab Syafie sahaja seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 24,” ujarnya lagi.

Malah, Pu Azman juga dilihat sempat bergurau meminta Khuzairi untuk tidak mengahwini watak Fatin yang dilakonkan oleh Reen Rahim.

“Apa yang penting ialah jangan caras Fatin (Reen Rahim),” selorohnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap penjelasan yang diberikan oleh PU Azman itu.

Sekadar informasi, 7 Hati Mencitaiku 3 merupakan drama yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Pu Azman

 

Published by
MH