Hari ini genap setahun ulang tahun perkahwinan gitaris Kristal,Rody dan isteri,Niena Azman yang pertama.
Dalam pada itu,Rody sempat berkongsi detik permulaan bertemu keluarga Niena.
“Yeayy! Happy anniversary! Ramai kata aku buat kerja gila.. naik flight jumpa bapa gf.. nak minta izin.. selamba lah g sorang jer.. dah suka anak org,kenala minta izin ibubapa die dulu kan..
“Dia kata abah garang.. takutnya.. tp aku kata xpe.. muka i suci la.. ???
“Ok pagi2 sampai.. die bawa g jumpa abah dan mama die.. walaupun aku debar,tp wat rileks.. chill.. btol.. dari jauh tgk muka abah die.. garang.. fuhh.. borak2.. xkan ni aku nk cite.. panjang la nak type! Haha..
“Balik rumah drg.. borak2.. dgn adik2 die.. along die.. semua ok klako.. sampaila aku nak balik.. abah die kata.. kira jd lah ni! ?..
“Terus aku ckp bulan 10 sy bawa famili dtg merisik.. bapa mertua kata ok boleh.. tuptap2.. aku fikir bertunang lah dulu,” tulis Rody atau nama penuhnya Mohd Rodi Baharudin.
Menjengah di Instagram Niena pula, dia juga ada menitip ucapan buat suaminya itu.
“Tak sangka we made it! A years with u and insyallah till jannah..
“Walaupun i selalu buli u ? i ttp akan buli u smpi bile-bile ???
“I akan cuba utk tidak tgglkan u utk org lain dan akan sentiasa berada disisi u utk menghabiskan duit u.. haha gurau je ok!
“I will always love u with all my heart and soul.. truly, deeply and madly ❤ Happy Anniversary En.Mi,” tulis ibu kepada Adithya Jabbar.
Terdahulu Niena telah menerima wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dari Rody.
Foto: IG Rody,Niena