Wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine sekali lagi menjadi buah mulut ramai di media sosial apabila tampil mendedahkan paparan skrin yang didakwa perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Mendedahkan perkara itu menerusi Insta Stories, tertera perbualan di antara antara NRF dan Aliff Aziz sebagaimana yang didakwa.
Malah kedua-duanya dilihat saling memanggil dengan panggilan ‘baby’, ‘sayang’, ‘love’ selain ucapan romantis seperti ‘I love you’.
Malah menerusi perbualan yang didedahkan Sarah juga, ia antara lain turut mempunyai nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ yang seolah-olah mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja akan mempercayai kisah ibu kepada dua cahaya mata itu.
Terdahulu, pendedahan seorang wanita yang didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama Aliff Aziz bernama Sarah Yasmine itu yang meluahkan rasa kecewa kerana dikatakan telah dicurangi Aliff mencuri perhatian warganet, baru-baru ini.
Sementara itu, Bella yang temui pada Rabu memaklumkan kepada media dirinya sudah berjumpa Sarah Yasmine dan mendakwa dia ialah antara salah seorang 11 individu yang pernah Aliff Aziz curangi.
Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak Aliff Aziz mahupun Ruhainies susulan pendedahan yang dilakukan Sarah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini