Pelakon, Rita Rudaini ada berkongsi sekeping foto menerusi Instagram yang mengundang perhatian para pengikutnya.
Memuat naik foto dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat hari ini, Rita mendedahkan dirinya sentiasa menghantar serta menunggu permata hatinya itu.
“Mommy sentiasa hantar dan tggu selagi ada hayat, kenangan paling mahal yg xbole di ulang kembali,” tulisnya ringkas.
Lalu menerusi ruangan komen, para peminat dilihat turut meninggalkan reaksi. Antaranya;
Terdahulu, Rita, 44, mendrikan rumah tangga dengan bintang sukan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 33, pada 2008 namun keduanya bercerai lima tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minat Emas Sejak Muda, Rozita Cerita Gaji Pertama Kerja Pramugari Dulu Buat Beli Gelang RM2,000
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 52, mengakui dia wanita yang cukup berminat dengan barangan kemas sejak di usia muda.
Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, aksesori perhiasan wanita itu bukan sahaja sebagai pelengkap gaya, sebaliknya boleh dijadikan aset pelaburan jangka panjang.
“Ya saya memang teruja apabila bercakap mengenai emas. Ia juga dekat dengan wanita. Macam saya sendiri, tiap kali Aidilfitri barangan kemas mesti kena ada, biar nampak ‘outstanding.’
“Senang cerita, saya memang seorang yang menitik beratkan soal penampilan dan barangan perhiasan. Tiap kali raya memang akan ada barang kemas baru, tapi ikut kemampuan.
“Memang saya minat emas sejak muda. Bayangkan ketika dapat gaji pertama sebagai pramugari dulu, saya sanggup berhabis beli gelang harga RM2,000,” katanya kepada MH.
Rozita berkata demikian pada majis pelantikannya sebagai ‘muse’ atau sosok persona produk bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya Angsa Emas Jewellery (AEJ) bagi tahun 2023, di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Bersyukur atas tawaran yang diterima, Rozita akui sebagai wanita berdikari, dia perlu bijak menguruskan kewangan, termasuk hal melibatkan barangan yang dibeli.
“Saya jarang mengenakan aksesori yang tiada ‘re-sell value’. Macam sesetengah orang hanya suka barangan yang jenama, saya pula sebaliknya.
“Sebab itulah kalau koleksi tas tangan saya pun, ada nilai untuk dijual balik. Itu sebahagian daripada cara kita buat pelaburan juga. Bukanlah dikatakan saja nak membazir.
“Begitu juga dengan emas. Kita boleh milikinya dalam bentuk ‘gold bar’ atau dipakai sebagai perhiasan.
“Macam saya, lima tahun pertama bekerja untuk cari duit, lima tahun setersusnya kalau boleh biarlah duit itu ‘beranak’ untuk kita,” katanya lagi.
Dalam pada itu, sebagai peneraju perniagaan emas patuh syariah, AEJ optimis melaksanakan misi memperluaskan industri emas dan melakukan kolaborasi strategik.
Pengarah AEJ, Datuk Zulhilmi Mukhtar berkata, pihaknya mahukan transaksi jual beli emas secara bersemuka dan di atas talian serta memperluaskan cawangan perniagaan.
“Kami sedang membangun dan memperkasakan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) patuh syariah di dalam perniagaan emas.
“Antara perancangan lain syarikat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, menggiatkan lagi aktiviti promosi dan kolaborasi korporat untuk memperkenalkan nama Angsa Emas Jewellery.
“Syarikat juga menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dengan menjadi pelopor perniagaan patuh syariah di Malaysia,” katanya.
Keahlian AEJ Takaful misalnya adalah sebuah pelan keahlian baharu yang diperkenal oleh Angsa Emas Jewellery kepada ahli-ahlinya atas kerjasama dengan Modularsoft yang diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad.
Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang lebih tinggi untuk setiap pembelian.
Selain itu, ia turut memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan.
Pelan berkenaan terbuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun.
Terdahulu, Angsa Emas Jewellery diasaskan pada 18 Ogos 2016 oleh Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor.
Mengutamakan reka bentuk eksklusif selain turut menerima pelanggan luar negara, AEJ kini mempunyai dua buah kedai iaitu di Bangi dan Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keadaannya 50/50 Sekarang, Minta Adakan Bacaan Yassin,” – Alami Gangguan Pernafasan, Ali XPDC Ditidurkan
Vokalis kumpulan XPDC, Ali yang kini sedang dirawat di hospital dilaporkan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh pengendali akaun Facebook, Sahabat XPDC.
Menurut pengendali akaun tersebut, pada mulanya tahap kesihatan Ali telah pun menunjukkan tanda-tanpa positif namun, sejak petang semalam, pernafasannya dikatakan mengalami gangguan sehingga pihak hospital memutuskan untuk menidurkan Ali.
“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 petang hari ni. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.
“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula di ajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.
“Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan di pantau,” tulisnya.
Sementara itu, mereka juga turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti Covid-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan Covid-19.
“Ali tidak di jangkiti covid19 cuma sebelum ini dia di letakkan di wad saringan covid. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.
“Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat kalau untuk kesihatan Mohd Ali Bin Ismail di kembalikan dan sihat seperti dulu,” ujar akaun terbabit.
Memetik laporan Harian Metro, Isteri kepada Ali, Sharifah Syarzana telah menghantar satu kiriman suara kepada sahabatnya memohon suapaya peminat dan rakan-rakan dapat mendoakan semoga suaminya itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Keadaannya 50/50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail telah dikejarkan ke Hospital Ampang sejak Jumaat lalu apabila didapati lemah ketika selesai menjalani latihan di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.
Kumpulan XPDC difaham sedang giat berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram XPDC & Ali XPDC, Facebook Sahabat XPDC
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Tulis Lirik Lagu Terus, Tak Sedih Maratap – “Saya Mahu Yang Senasib Bangkit.”
Kisah pergolakan rumah tangga Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian cukup meluas daripada netizen.
Terbaharu, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, meluahkan secara jujur isi hatinya menerusi single pertama hasil tulisannya, Terus yang dinyanyikan oleh Sarah Fazny.
Menurut Sarah, lagu yang mana melodinya merupakan nukilan Faizal Ulwi itu menjadi simbolik untuk dirinya terus kuat menghadapi dugaan hidup.
“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya.. apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya.
“Lagu Terus memang mewakili isi hati saya. Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar.
“Setidaknya mereka yang di luar sana yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu.
“Sehebat mana pun kemelut yang berlaku, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan,” katanya.
Lagu Terus dilancarkan pada Rabu bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.
Tekad meneruskan kehidupan bersama dua cahaya mata tersayang, Sarah berkata, sebagai seorang ibu, dia perlu terus kuat demi anak-anaknya.
“Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!”
“Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak,” katanya lagi.
Pada Selasa, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof enggan menceraikan Sarah pada hari pertama sebutan kes permohonan penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sehingga menyebabkan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas meminta pasangan itu merujuk kepada Jawatankuasa Pendamai.
Untuk info, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pendedahan di laman Instagram miliknya bahawa dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa Ira, pelakon Kazar Saisi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI